MasyaAllah! :O


Assalamualaikum w.b.t. | Bismillahirrahirrahmanirrahim =)

 

 

MasyaAllah aku jatuh cinta!

 

Monolog dalaman saya bersuara. Saya rebah penuh ta’ajub. Selama inilah yang saya cari. Sudah satu dekad, tujuh tahun!

Dup Dap Dup Dap! Pantas sahaja pam dari pembuluh jatung keluar. Tanda cinta merasuk diri. Debaran kian terasa. Oh, asyiknya!

________________________________

Dia..

Di saat dan ketikanya semua tentera muslimin berpaling tadah mundur ke belakang. Di saat musyrikin ketawa berdekah-dekah menunggu saat kekalahan kaum muslimin di medan Uhud. Hanya satu JASAD teguh di hadapan! Hanya satu JASAD tetap mara kedepan!

Keberaniannya, kepahlawanannya dan kesungguhannya mengepalai barisan ketenteran. Suara gemuruhnya langsung menggegarkan seantero dunia, “Wahai tentera2 BADAR, wahai kalian yang telah di janjikan syurga, AYUH, mara ke hadapan bersamaku!” Para sahabat yang memandang jasad itu penuh taajub. Gementar habis rasa dan jiwa raga.

Sekali lagi semboyan jihad berbunyi. Namun, munafiqin tetap lari lintang pukang setelah debaran luluh ketakutan tidak dapat lagi di tanggung. Kemaraan tentera kuffar seolah-olah keganasan ombak tsunami menghempas bumi!

Hanya yang di perteguhkan hatinya sahaja tetap bersama Rasulnya. Hati mereka kembali di pasak teguh akan keyakinan janji2 dari Rasul lalu kembalilah mereka ke barisan hadapan. Mereka berganding bahu serta merapatkan kembali sof2 barisan yang terburai. Ayuh, ini jihad kita! Laung mereka bersama.

*petikan dari Sirah peperangan Uhud*

__________________________________

Ya, saya jatuh cinta dengan pemuda bernama Muhammad S.A.W. ! Bacaan pertama kali saya menitiskan air mata kerana penuh ta’ajub. Itu cerita 3tahun yang lalu. Taajub itu masih lagi saya rasai. MasyaAllah!

Disaat ketikanya orang lain berundur mundur ke belakang, hanya satu JASAD tetap mara kehadapan. Dialah Bagindalah, Muhammad S.A.W

Mara baginda S.A.W. hanya demi penegakkan Islam. Demi agama Tuhannya. Hingga sampai kepada kita. Masakan hati ini tidak di ketuk rasa cinta?

Salam Penghujung Ramadhan.Fadhilat 1001 bulan moga kita dikurniakan. Pecutlah selagi mampu. Ameen.

Advertisements

One comment

  1. Ketika diriku merasa lemah dan tidak berdaya, diriku sedar diriku mempunyai Ya Aziz yang Maha Perkasa, ya Qawwiy yang Maha Kuat dan Ya Matin ya Maha Teguh dan Sempurna KekuatanNya. Dia Ya Aziz tentu akan menguatkanku dan membangkitkan semangatku. Dia ya Wahhab ya Maha Pemberi, Ya Mujib yang Maha Mengabulkan pasti akan memberi dan mengabulkan segala permintaanku.Ketika diriku merasa kesempitan hidup, kekurangan rezeki dan merasakan sedikit ujian kemiskinan, diriku pasti tidak perlu bimbang kerana diriku mempunyai Ya Basith yang akan pasti mengeluarkanku dari kesempitan hidup dan melapangkan hidupku dan Ya Razzaq akan pasti melimpahkan rezeki kepada diriku tanpa henti dan ya Ghoniy yang memiliki seluruh kekayaan langit dan bumi akan pasti mencurahkan sedikit kekayaanNya kepada diriku agar diriku mampu bersyukur dan mengabdikan diri kepadaNya denga penuh ikhlas dan yakin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s