Harga sebuah kritikan!


Bismillahirrahmanirrahim.

Saya menilik-nilik dengan telitinya angka-angka yang tertera di situ. Ada yang kurang dan ada juga yang lagi kurang! Adei ..  Walaubagaimanapun, keputusan angka untuk half way evaluation untuk praktikal saya kali ini amat memuaskan. Alhamdulillah! 🙂

Sesudah puas menilik dan memerhati malah memikirkan tentang angka tersebut, lalu saya mengadap Miss Ng untuk membuat sedikit discussion tentang markah yang sudah saya kumpul.

‘Jika kamu lihat di sini, markah untuk evaluation kamu, saya hanya bagi sedikit sahaja. Sebab saya tengok kamu masih lagi kurang kemahiran dalam membuat pemerhatian yang subjektif dalam satu-satu condition.’ , terang Miss Ng dengan jujurnya. Bersama lantunan dan tutur kata yang diadun lembut dan berbudi bahasa. Di campur pulak dialek Cina dan Melayu.

Saya mengangguk faham dan akur dengan kelemahan saya.

‘Miss, sejujurnya saya memang lemah dalam bab memerhati secara klinikal ni. I have tried hard to make a relation betweeen phatophysiology of the condition and my observation skills. Nampaknya ia tidak menjadi.’, keluh saya kepada Miss.

‘Tak mengapa. Kamu masih ada masa untuk baikinya lagi!’, balas Miss Ng.

_________________________________

PEMERHATIAN BERSEBAB

CR atau Clinical Reasoning kalau di tanya kepada student Health Science, tambah-tambah bagi mereka di bahagian rehabiltasi pasti mereka terangguk-anguk tahu. Mana taknya, itulah sebahagian perkara yang wajib untuk kami mahir. CR juga dipanggil dalam melayunya ‘Pemerhatian Bersebab’.

Untuk lebih senang faham, CR ini adalah suatu pemerhatian yang kita lakukan untuk memerhati pesakit dengan kemahiran klinikal dan pengetahuan mengenai perubatan dan pemulihan. Ia amat penting dalam merangka dan memberi rawatan terapeutik kepada pesakit.

Saya sebagai Occupational Therapist  (Jurupulih Pemulihan Carakerja) mahu tidak mahu perlu mempunyai kemahiran ini. Apabila memerhatikan patient, kami bukan pandang kosong atau buta tapi pandangan yang penuh bermakna. *dan semestinya bukan pandangan memikat hati atau menggoda! euwww!*

Pemerhatian klinikal atau bersebab ini tersangatlah penting untuk mendapatkan informasi tentang penyakit pesakit. Sekaligus memberi kemudahan untuk kami mereka plan rawatan seterusnya melaksanakannya. Kalau salah pemerhatian bersebab ini, maka kemungkinan besar salah juga lah rawatan rehabilitasi yang bakal saya berikan. Maka, tidak berkesan lah rawatan itu yang juga menyia-nyiakan masa yang ada. Hoh!

Kata cerdik pandai dalam bidang kami, dalam pemerhatian bersebab ini ada perkara yang perlu di ambil kira. Antaranya Procedural, Interactive, Conditional, Narrative dan Pragmatic Reasoning.

Procedural is concerned with getting things done, with what ‘has to happen next’. Untuk kata mudah, sebagai contoh kalau pesakit mengalami kecederaan pada tangan akibat flexor tendon cut, apa yang akan  terjadi kepadanya selepas ini? Adakah dia boleh melakukan aktiviti-aktiviti harian macam biasa atau mungkin mempunyai limitation? Procedural reasoning ini amatlah membantu terapis dalam membuat decision making tree dalam merangka rawatan kepada pesakit.

Interactive is concerned with interchanges between the client and therapist. Untuk kata mudahnya, bagaimana bijaknya terapis dalam menunjukkan empati terhadap kecederaan yang di alami oleh pesakit dan memberi motivasi kepada mereka.

Conditional is concerned with the context in which interventions occur, the context in which various factors might affect the outcomes and direction of therapy. Yang ini pulak untuk mudah fahamnya, terapis perlu mengkaji bagaimana faktor-faktor yang melibatkan kehidupan pesakit yang bakal mempengaruhi hasil rawatan yang dijalani.

Narrative is therapist might uses story telling or story making as a way to understand the client’s experience. Selalunya kita gunakan cara ini untuk pesakit kanak-kanak dan  pychiatric. Namun ia juga boleh digunakan untuk pesakit fizikal mahupun neuro. Ia digunakan khususnya untuk mengetahui bagaimana perasaan pesakit setelah mengalami kecederaan dan setelah menerima rawatan yang diberi. Dengan adanya komplain dan cara pandang pesakit tersebut terhadap kecederaan yang dialami oleh mereka, ia amat membantu dalam proses membina rawatan terapeutik yang effektif.

Pragmatic reasoning extends beyond the interaction of the client and therapist. Ini pulak menitik berat soal interaksi antara pesakit dan terapis. Ia membincangkan mengenai adakah ketidakupayaan pesakit itu memerlukan servis daripada terapis dan kecekapan terapis dalam memahami, menilai dan memberi rawatan.

Whoah, segala-galanya hanya dengan sekali pandang dan tenung sahaja dengan mengambil kira semua pemerhatian bersebab di atas!

 

______________________________

 

Bicara saya yang juga bersebab. Eheh! :

Saya teramat suka akan kritikan daripada supervisor saya. Bagi saya ia kritikan yang amat berharga dan susah untuk di dapat di lain masa. Bersyukur juga akhirnya saya dapat tahu dan pastikan di mana kelemahan saya yang perlu saya baiki. Untuk menjadi seorang Jurupulih cara kerja khususnya dan pelbagai bidang lain, bukanlah semata-mata jaguh di dalam exam hall sahaja. Kemahiran-kemahiran lembut (err, atau dalam Inggerisnya Soft skills) juga perlu ada. Dan tersangatlah untuk mereka yang bekerja dengan manusia!

*Paling tak suka dalam menulis blog adalah ia begitu panjang untuk di baca. Dan semestinya meletih mata pembaca dalam memberi konsentrasi yang tinggi. Oh, maafkan saya untuk itu! (u_u)

 

 

 

 

Advertisements

2 comments

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s