Andai saya power rangers. :)


Bismillahirrahmanirrahim.

UP UP and THE WAY!

Sejak dari kecil, saya ikuti cerita supersaia; Power rangers, Kuuga, Masked Rider, Ottomeng, Robotcop dan spiderman sekalipun Kluangman!. Paling selalu saya ikuti adalah POWER RANGERS. Every each version, saya hafal jenis-jenis mereka. Tapi sekarang dah lupa. Eheh!

Seingat saya kalau power rangers selalu berlangsung secara pukal di TV1. Manakala Ottomeng,Kuuga dan juga Masked Rider (ketika itu dipanggil Suria Baja Hitam) selalunya bersiaran di NTV7. Dulu, saya siap ada koleksi lagi tau. =P

________________________

AKSI MEREKA

Kebanyakkan jalan cerita mereka hampir sama. Tak dapat tidak yang BAIK pasti kerjanya menumpaskan yang JAHAT. Di ceritakan pulak bagaimana pemilihan mereka sebagai supersaia. Ada yang berperwatakkan macam ni. Dan ada yang macam tu. Pendeknya, mereka dipilih sebagai supersaia kerana kelebihan yang ada pada mereka. Oh, tak lupa juga, antara ciri-ciri yang perlu ada dalam diri mereka adalah PENCINTA KEADILAN dan SAYANGKAN KEBENARAN.

Ayat yang biasa dalam cerita ni :

Kita mesti menakluk dunia. Ketika itu, tiada lagi KUASA yang dapat mengalahkan kita! HAHAHAHA! [si JAHAT]

‘Kita perlu bersatu untuk menangani mereka. Mereka terlalu kuat untuk kita melawan seorang diri!’ [si BAIK]

___________________________________

PALING BEST

Di saat dan ketikanya ..

Apabila kelima-lima power rangers itu bergabung.
Demi mempertahankan keributan yang dibawa oleh si JAHAT.
Maka jadilah mereka satu robot yang besar.
Sedari itu, barulah mereka KUAT untuk melawan siJAHAT yang besar bagai itu.

Di badan mereka dilengkapi pelbagai segi binaan yang mantap.
Kat bahu, ada peluru berpandu. Kat perut pun.
Kat kaki pulak boleh buat dia terbang. Kat belakang ada sayap tambahan.

Pastu boleh bertukar 10 jenis robot.
Kalau tak terdaya yang ni, boleh HENSHIN yang lain.
Kalau tak terdaya jugak boleh HENSHIN sekali lagi.
Sehinggalah raksasa itu tumpas ditangan mereka.

Whoah, kemenangan mereka amat bergaya!
Sebelum kemusnahan pada si JAHAT, masih lagi sempat berpusing ke arah belakang sambil angkat tangan peace!
Pastu, meletupla si raksasa dengan jayanya!

KEBOOOM! KEBABOOO!

_____________________________

SUDAH TIBA

Ada sesuatu yang saya boleh pelajari dalam drama supersaia ini. Saya analogikan saja cerita pada keadaan semasa. Sudah tibanya kita bergabung untuk menuntut keadilan dan meruntuhkan kezaliman yang ada. Mungkin telah terlalu lama ia berlangsung hebat, sehinggakan kezaliman itu sudah menjadi sebatian dalam kehidupan kita.

Hanya kerana kita selesa, kita kutuk mereka yang merasa?

Petikan kata-kata : Syahirul.com

ramai orang kata, kita dah hidup aman sekarang ni, watpe nak adakan bantahan dan perhimpunan walau untuk menegakkan islam, nanti jadi macam syria dan negara2 lain baru nak nyesal..

aman? aman? apa itu aman? maksiat berleluasa itu aman? korupsi tu aman? zina di mana2 itu aman? pecah amanah itu aman? rasuah itu aman? gejala sosial itu aman? dedah aurat dan dedah aib orang itu aman? fitnah sana sini aman?

golongan ini hanya lihat aman dari segi kehidupannya saban hari yang senang lenang sahaja kerana tak susah hati melihat maksiat yang berleluasa atas muka bumi malah redha dengannya.. golongan ini boleh buat bodoh saja lihat maksiat itu berterusan.. tahu tak bahawa maksiat ni semua adalah bala? bala yang Allah timpakan sebab kita tak mahu mendaulatkan islam dalam kehidupan, dalam pemerintahan, dalam segala aspek..

Pandang la semula objektif dan tujuan kenapa Allah mengutuskan Rasul-rasulnya di dunia. Bukankah setelah berleluasanya kezaliman dan penindasan oleh manusia, maka datanglah mereka (para nabi) untuk membersihkan semula kotoran-kotoran yang ada di bumi. Dan mereka tegak keadilan segaris dengan apa yang Allah suruh dan melarang apa yang Allah larang. šŸ™‚

Beleklah kembali sirah-sirah nabi yang mungkin sudah lama kita tinggalkan. Adakah sekarang ni sudah selari dengan apa yang Rasulullah S.A.W. bawa? šŸ™‚

Jangan sia-siakan frontal lobe anda. Saya mohon!

__________________________

Bicara saya si supersaia! :

Standby!

Mengapa perlu gentar hanya kerana kita kata kita BENCI KEZALIMAN?

‘Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.’ [61:4]

Apa kaitan dengan bela Agama dengan meruntuhkan kezaliman? Kerana hadirnya Agama untuk membasmi kezaliman. šŸ™‚

Advertisements

2 comments

  1. syabas!.analogi yang k.teh kira sangat relevan dgn isu semasa sekarang..xsia2 jugak dikjang tengok power rangers..sebab k.teh sebenarnya xsuka pun tgk cite kartun ni..hehe..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s