Terima kasih kepada awak :)


Assalamualaikum wa bismillahirrahmanirrahim

'Terjunlah. Nanti saya sambut awak kat bawah ni!'

To my dearest Khairun Izzati Zainal Ashar.

    Terima kasih kepada awak πŸ™‚
    Sepanjang semester menemani saya.

    Kadang2 melepas tension di kolam ikan,
    sambil menyuapi mereka dengan roti yang telah pun expired date.

    Kerap juga kita joging bersama-sama.
    Dan awak selalu mendahului saya di depan. Cergas betul.
    Sedangkan saya dengan kekejangan Tibialis anterior saya.
    Selalu. πŸ˜₯

    Tak lupa juga berkaroke dalam bilik.
    Dari lagu jiwang leleh hingga lagu tradisional Siti.
    Begitu juga dengan tengok movie.
    Dari Maharaja Lawak hinggalah di sebalik hijab.

    Ops, itu hanya rahsia kita berdua. Saya lupa. Eheh!

    Seringkali juga berebut tak nak bacakan doa selepas solat berjemaah.
    Sempat lagi tolak menolak.
    Last2, saya yang baca. Hoho.

    Terima kasih sekali lagi kerana bersabar dengan karenah saya.
    Maafkan saya apabila selalu tidak layan awak bercerita.
    Tambah2 bila tengah mengadap FACEBOOK.

    Salahkan FaceBook! Dia la punca segala-galanya! Hehe

.

_______________________________________________

To my dearest Nur Hidayah Ismail.

    Terima kasih juga untuk awak.
    Selalu bagi saya makanan bile dah perut kosong.
    Paling best makan KFC yang 2 hari lalu beli. =P

    Semester TIGA adalah yang paling best untuk saya.
    Konvoi ramai-ramai pegi kedai mamak.
    Semata-mata nak makan ROTI CANAI jee. Hehe

    Tak lupa juga tengok movie.
    Pasang cite THE SAW dan FINAL DESTINATION dalam bilik.
    (Cite hantu pun ada cumanya saya tak ingat tajuk. Wohoo.)
    Pastu sambung dengan speaker pink yang maha dahsyat volumenye.

    Saya tidur. Awak tidur.
    Saya bangun baca buku. Awak tidur. Saya pun tutup buku, tidur balek.
    Keh2.

    Terima kasih kerana bersabar dengan karenah saya.
    Terima kasih kerana melayan saya macam VVIP.

    Maafkan saya sebab tak dapat jadi roomate yang baik.
    Tapi awak memang roomate yang tersangatlah baik. πŸ™‚

____________________________________________

To my dearest Noramalina Zuhan

  • Terima kasih kepada awak.
    Sebab selalu lend your ears to listen my bundle of story.
    Hanya awak je yang tahu siapa yang saya admire.
    Dulu. =P

    Ops, jangan bagitau sape2 tao! Hehe.

    Biarlah ia tertanam dengan sendiri.
    Sebab semua cerita tu saya dah kuburkannya dalam ingatan.
    (Ceh, statement macam orang putus cinta!) Keh2.

    Banyak cerita saya kongsikan dengan awak.
    Dari A sampailah Z.
    Dari bagitahu sape yang saya selalu skodeng hinggalah sape yang paling tak suke bila saya skodeng.

    Whooah, saya tahu saya banyak cerita.
    Sebab saya tahu awak seorang yang pendengar yang baik. πŸ™‚

    Hindustan.
    Oh, membangkitkan kesegaran kepada hipocampus saya mengenai masa2 kecik2 dolu.
    Saya tahu dalam track lagu awak berlambak lagu hindustan.
    Saya juga. Hehe

    Terima kasih kerana bersabar dengan karenah saya.
    Yang kadang kala suka sangat bajet pandai. Haha.

    Maafkan saya kerana suka cakap banyak.
    Maafkan saya sebab tak dapat jadi roomate awak yang baik.
    Tapi awak memang baik untuk saya.

  • ______________________________________________________

    To my dearest Siti Hajar Mohd Zaki

      Terima kasih kepada awak.
      Orang mula2 tahu macam mana perangai dan tingkah laku saya.

      Pertemuan yang tidak di sangka.
      Berjumpa hanya dengan orang tengah.
      Tup2 dapat sebilik sekali.
      Kalau lah kerana bukan FILE awak yang tertinggal di atas kereta ayah awak, mungkin kita takkan pernah sebilik. Err, mungkin!

      Kasihan kat awak.
      Selalu kena marah kat saya.
      Tambah2 bila saya tengah belajar.
      Asyik2 kena TALK TO THE HAND!
      Hoho.

      Korea. Whoah, addicted tetiba bila duduk dengan awak!
      Tapi hanya untuk sehari. =P
      Kental sih jiwa ini dengan propaganda Korea.
      Haha. (Nampak sangat tak boleh percaya!)

      Walau apepun, awak adalah kawan yang baik yang pernah saya jumpa.
      Selalu jadi orang tengah bila ada pertengkaran berlaku dalam rumah.
      Penyejuk kepada saya bila nak marah kat sape2.

      Terima kasih NESCAFEE kuning awak.
      Yang selalu saya habiskan. Wink2.

      Maafkan saya sebab selalu marah awak.
      Maafkan saya juga tak dapat nak jadi roomate yang baik kepada awak.

      Apa yang penting, awak adalah roomate yang baik untuk saya. πŸ™‚

    ______________________________________________________

    Bicara saya kepada Mantan Teman Sebilik saya :

    One word that only i could say to all of you, ‘May God Bless You FOREVER’. I wish and I hope!

    Thanks for being my roomate. Thanks for being the shoulders that i could used to cry enough. Thanks for being the HAND which could HOLD me back from slapping down.

    There are a lot of things that i have learnt from you.
    Thanks friends!

    I LOVE ALL OF U FILLAH UNTIL JANNAH. πŸ™‚

    Advertisements

    2 comments

    1. Teman sebilik saya masa di Matrik, hahah. Hujung minggu pasang LCD kat dinding dalam bilik, pasang Sonic Gear, muvieee… Hadoih. Tapi oleh kerana saya tidur di surau hampir setiap malam, aktiviti OSEM kami lebih hebbattt!! Takleh citer sebab ini rahsia Ejen P dan Kawan-kawannya~

    Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s