carekan jiwa


Bismillahirrahmanirrahim.

Terasa macam sudah agak lama tidak menjenguk laman sendiri.
Usang.
Berhabuk.

Jarang sangat untuk jari ini meliang liuk di butang keyboard.
Tiada cerita takdelah jugak.
Sebab saya memang suka bercerita. (wanita la katakan.)
Tiada waktu, banyak pula yang ada lapangnya.

Takpelah.
Untuk mengemaskini dan membersih blog pada kali ini,
saya nak bercerita ringkas sedikit mengenai kehidupan saya di Kampus pada semester empat yang bakal berakhir tak lama lagi.

Mungkin tak best.

Mungkin juga biasa.

Mungkin ada perulangan pada perceritaan.

Walauapapun halnya berlaku,
izinkan saya ‘membukukan’ segala sejarah saya di blog ini.

Terima Kasih.

************************************************************

Episod VIVA

‘Okey, you can choose another two piece of paper.’ arah Sir.

Saya dengan rasa gementar dan jiwa keluh kesah terus mencapai dua keping kertas yang bernama. Mata di pejam kemas. Mulut terkumat kamit dengan doa. Perlahan-lahan kertas itu saya buka.

Dan tertera : Primitive refleks

‘Okey, demonstrate to me how to check primitive reflex. Before that, describe to me the type of primitive reflex.’

‘Primitive reflex are including babinksi reflex, plantar reflex, landau reflex, moro reflex and spinal galant reflex.’, terketar-ketar suara saya dan ditambah dengan serak-serak basah. Ala-ala Ella pun ada.

‘Al right. Now, show to me.’

Tanpa berdalih. Terus saya lakukan.

Speaking tak yah nak cakap. Hancus! Gara-gara nervous. Bayangkan, boleh saya terlupa ibu jari kaki dalam bahasa Inggeris? Sedangkan yang itulah yang selalu di sebut-sebut. Haiya!

Okeh, sesi pertama sudah selesai. Walaupun terpaksa tersengeh kambing depan Sir. Alhamdulillah, praktikal exam dapat di buat dengan baik.

Seterusnya ..

Kertas yang satu lagi di buka.

Gulp!
MasyaAllah!

Rase macam nak stop je masa waktu tu.
Namun, hanya dongengan semata.
Rasa macam nak pitam. Saya yakin.
Systemic Nervous System saya berderau laju dalam badan.

‘Okey, now. Explain to me twelve pairs of Cranial Nerve and it’s origin.’ tanya Sir dengan wajah slumber.

Saya balas dengan buat muka cool. Dengan gaya berfikir (kononnya), saya terus menjawab dengan yakinnya pada permulaan soalan.

’12 pairs of Cranial Nerve are Olfactory, Optic, Occulomotor….’

Dan, sadisnya berlaku pada soalan kedua.
Saya betulkan posisi sebagai tanda isyarat resah.
Otak kiri giat memainkan peranan.

Dalam hati : ‘Sah tak leh nak goreng.’ =_=

‘And for those origin, I’m forget Sir!’ penuh dedikasinya saya menjawab.

‘Okey, u can go.’ balas Sir di iringi dengan gelengan kepala.

Saya beralih dari tempat ujian itu. Lantas cepat-cepat menggalas beg yang tersandar di tepi dinding. Pintu Lab di kuak lemah. Mata dah berkaca-kaca bagai retak berjuta ribu.

Astagfirullah.
Hari yang paling malang dalam hidup saya dalam episode VIVA.

Frust menonggeng.
Tertusuk-tusuk hati ini.

Ia lebih dahsyat dari rasa kecewa di sebabkan putus cinta.

Ia soal carry mark yang akan saya bawa ke FINAL EXAM nanti.
Ia juga menyentuh angka yang bakal saya dapat dalam CGPA.

Dan semestinya ia adalah soal maruah saya sebagai student yang masih belum pernah ada pengulangan pengambilan subjek pada semester2 sebelum ini.

Allahurobbi

T_T carek-carek sudah jiwa ini.

**************************************************************

Muhasabah dari saya.

Satu perkataan yang di adun khas buat saya sendiri.

T E L I T I

Adeh.
Memang kena dengan watak saya.
Dari kecil, saya memang di kenali sebagai budak tebolah dari Mama mahupun arwah Papa.

CUAI. Selalu.
Apa pun pekerjaan yang saya lakukan.
Baik daripada soal Exam hinggalah soal jahit-menjahit.

[ Saya sedari awal paling tak suka aktiviti menjahit. Kalau menjahit, konfem pada akhirnya saya serahkan pada adik saya.]

………

Teguran yang agak kasar dari Allah, saya kira.

Kenapa TELITI?

Sebabnya ..

1- Saya belajar hanya kerana VIVA.
2- Penguasaan Anatomy and Physiology saya masih lemah.
3- Memang sifat saya tak suka dalam hal-hal yang sebegitu halus. Aigoo!
4- Belajar itu bukan main-main!
5. Apa yang penting, belajar itu PERLU jihadnya!

Aah! Mungkin berjelar-jelar entri ini sekiranya saya coretkan semua.
Cukuplah sekadar itu.

____________________________________________________

Bicara saya yang cuba jadi teliti :

Ubah persepsi tentang diri sendiri. AKU SEORANG TELITI! 🙂

Advertisements

4 comments

  1. Assalamualaikum ukhti..
    menjadi teliti tak semestinya mengambil kira aspek luaran, malahan ukhti perlu ambil kira aspek dalaman dan persekitaran. sememangnya ukhti membuat blog untuk luahan hati sendiri tapi jika diambil kira dari kata2 nt..

    ‘Ia juga menyentuh angka yang bakal saya dapat dalam CGPA’

    adakah nt studi hanya untuk CGPA yg mantap tanpa mengira org di belakang(tepuk dada tanya hati) dan bukan untuk memperjuangkan ISLAM ini!
    tambahan lagi..

    ‘Dan semestinya ia adalah soal maruah saya sebagai student yang masih belum pernah ada pengulangan pengambilan subjek pada semester2 sebelum ini..’

    mungkin bg nt ia satu perkara yg enteng TAPI ianya ibarat satu bom atom pada student yg pernah fail dalam paper dan hidup. mereka yg fail dalam sesuatu subject juga mempunyai MARUAH dan mereka tak meminta untuk fail<mungkin bagi nt, student yg fail tidak bersungguh2 utk belajar (malas) tapi cuba lihat dari satu PERSPEKTIF yg lain (mungkin nt akan faham).

    sebenarnya ianya juga adalah satu teguran daripada ALLAH untuk mereka supaya tak mudah berpuas hati dgn apa yg mereka ada.

    memetik kata2 ini.. "dalam mengejar DEKAN dunia, jangan ketepikan mereka yg lemah..BERJAYA dengan GAGAHnya DEKAN di dunia tidak menjamin sebuah kejayaan DEKAN akhirat"

    *maaf nt, bukan bermaksud teguran ini atas dasar emosi ingin mengherdik, ianya lebih kepada teguran seorg srikandi yg masih LEMAH meniti dunia yg HINA ini 🙂

  2. Waalaikumussalam.

    Syukran atas teguran. 🙂
    Lepas post baru saya terfikir andai ada kawan2 yang berpengalaman dalam repeat paper baca post ini,
    barangkali akan merencatkan emosi mereka.

    Tapi apakan daya, dah tertekan butang publish. Eheh. Maafkan saya kawan2. Huhu.

    ________

    Maksud saya di sini bukanlah mengatakan yang repeat paper tu adalah malas.
    Cumanya saya katakan saya yang malas ini mungkin bakal menempah repeat paper. ^^

    Dan semestinya saya amat memandang tinggi kawan2 saya.
    Malah mereka sudah menjadi role model saya dalam bab tidak berputus asa. Wink2.

    ________

    Benar teliti itu bukan sekadar di luaran.
    Kerana ia sebenarnya datang dahulu dari dalaman.
    Dalam erti kata lain,
    saya juga bermasalah dalam ketilitian dalaman saya.

    itu sahaja.

    _______

    InsyaAllah, soal ikhlas saya belajar kerana Allah itu biarkan menjadi rahsia antara saya dan DIa.

    Doakan agar kejayaan dalam akademik juga dapat membantu menyebarkan dakwah islam dan memperlihatkan islam itu adalah syumuliah. 🙂
    _______

    mungkin entry ini banyak cacatnya sebab tidak diceritakan detail.
    Maafkan saya. Bukan niat saya untuk merendah2kan orang lain. Huhu.

    Ia sekadar luahan dengan apa yang saya rasa tentang diri saya. 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s