memang sukar …


Assalamualaikum w.b.t.

Bismillahirrahmanirrahim.

Saya tersengih sendirian ..
Apabila mendengar kawan sekuliah saya bercerita tentang jodoh.
Tak lupa juga teman sebilik saya.

Macam mana agaknya kalau kita kahwin?

Mereka kata ..

Nak yang begini,
Tak nak yang begitu.
Ada kate nak kawin tahun ni,
Ada jugak kate kawin tahun2 depan.

Bohong kalau saya kata,
saya LANGSUNG tidak terkesan akan ‘suasana’ yang semeriah itu.
Saya hanya manusia biasa.
Menuntut FITRAH yang sama dengan mereka.

Namun,
dalam hidup saya ..
Bukan itu sahaja yang perlu saya fikirkan.
Terlalu banyak! bahkan belambak bagai!

Perkahwinan? Hmm. Memang topik yang sesuai untuk di bincangkan.
Tapi bukan untuk saya.. buat seketika ini.
Terkadang menjadi suatu kerisauan kepada saya dan hati yang saya kandung ini.
Perbincangan hangat topik ini kadang kala membawa saya leka.

atau lebih sepadan maknanya ..

ANGAU SI PEJUANG!

Pernah saya update dalam status laman muka buku saya :

‘Janganlah kalian terlalu membincang topik perkahwinan sehinggakan terleka dengan perjuangan Islam yang kalian kandung kini …’

Bila ada orang tanya saya ..
Takkan takde sesiapa yang saya berkenan? (ehem.ehem.)
Saya senyap. Tiba2 lidah menjadi kaku. Muka mula kemerah-merahan. Mata bersinar berbunga-bunga.

Photobucket [ silent mode ]

.. dan saya jawab ..

saya MEMANG seorang yang terlalu SUKAR untuk jatuh cinta!
(Eheh, betul2 ni. =p)

saya sendiri pun taktahu ciri sebagaimanakah pilihan hati ini.

Photobucket Nak kata cari yang HENSEM, tak juga.
Yang NAKAL, hmm..
Yang banyak ilmu, SEMESTINYA.
Yang skema, errr..
Yang soleh, haruslah.
Yang baran, aaaa..
Yang poyo, tengok lah dulu.

Hairan saya kepada mereka yang senang sangat terjatuh hati.
Mudahnya hati mereka di sentuh ..?
Hanya kerana paras rupa?
Atau kata2 manis dan pujuk rayu depa?
Atau kerana attitude mereka sungguh osem?

———

Awat sembang kencang sangat ni ..

Hebatnye diee.
seBEKU ais kah hati?
(Eh, ais pun mencair bila ke tempat panas. hmmm.)

Buat kalian ..

Sejujurnya berkali-kali perasaan ini hadir.
Fitrah itu! Subhanallah!
Sememangnya kadangkala memaksa saya untuk paksa diri agar melengah2kan perasaan yang terketuk sudah.
Siapa saya untuk melawan si FITRAH CINTA yang maha dasyat itu.
Tapi itu bukanlah alasan saya untuk TERUS angau terawang-awangan.
Mengharapkan suatu yang belum pasti!

Dush! Dush! Dush!
Nah amek!

Terlalu banyak benda yang harus saya laksanakan.
Betul IA salah satunye.
Tapi IA bukanlah yang utama.. seketika ini..

Photobucket Setidak2nya, biarlah saya bersiap sedia dulu dengan sepenuh persedian dalam membina jati diri sendiri dan mengaut beribu2 khazanah pengalaman dan ilmu pengetahun di waktu single ini. Agar kelak, boleh saya kongsikannya dengan [ehem] dan anak2 saya nanti. [2x ehem]

.. dan selalunya, Allah lebih tahu bila saatnya kita sudah bersedia … 🙂

***********************************************************************************************

Bicara saya yang memang sukar ‘terjatuh’ dan ‘dijatuhkan’ :

Saya tertanya2 kalaulah admire saya membaca entri ini, apakah yang ada dalam fikiran dia.

[Okey, itu bajet perasan namanya. =p ]

* Okey, tiba2 rasa malu itu terbit! Photobucket

6 comments

Leave a comment