bicara GD


Assalamualaikum w.b.t.

Bismillahirrahmanirrahim.

‘Jangan sedih rasa sedih bila kita rasa kita seorang sahaja yang menggerakkan dakwah. Mungkin ini salah satu cara Allah nak bagi peluang kepada kita untuk banyak pahala.’

Kata-kata itu dipaparkan di skrin LCD yang berjenama ACER itu. Menyengat rasa.
Tunduk dengan sekaligus memejamkan mata cuba untuk mengambil perkaitan dengan diri sendiri.

Menggerakkan dakwah dan tarbiah di tengah-tengah pelosok masyarakat kampus sekular bukan semudah yang di sangka.
Di saat perbincangan CINTA dan NAFSU menjadi pilihan topik seharian.
Di saat kecantikan lahiriah menjadi DEBAT dan TINGKAH LAKU pendirian.

Yang mengerti hanya terus tunduk menyepi.
Yang tahu hanya terus membisu.

Namun, dengan berpegangkan ayat ini :

“Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi manusia, (supaya) kamu menyuruh dengan ma’ruf dan melarang dari yang mungkar.” (Aali Imran 3:110)

Saya gagahkan diri.
Dengan kemampuan yang terhad, saya CUBA!

‘Jangan mengalah hanya kerana TIDAK MAMPU!’ bisik saya sendirian.

**************************************************************

TEMPAT : SURAU
MASA : 9.30 MALAM

‘Bagaimana kita ingin kaitkan pelajaran pemulihan carakerja dengan islam?’ saya melontarkan persoalan kepada ahli-ahli group discussion saya.

Semua diam. Memikirkan jawapan agaknya. Di saat itu saya merebut peluang untuk menghayati setiap mimik muka ahli-ahli GD.

Ada yang berkerut dahi.
Ada yang melemparkan pandangan jauh ke tingkap.
Ada yang menggaru kepala.
Ada yang buat-buat menulis.

‘Pernah dengar MOHO?’ saya memecahkan kesunyiaan.

‘Pernah! Salah satu daripada model yang digunakan oleh terapis untuk merancang rawatan kepada pesakit!’, jelas mereka satu persatu.

‘Okey, pandai. (sambil tersenyum). Tahu tak apa komponen yang di bicarakan dalam model tersebut?’, sekali lagi saya melontarkan persoalan yang mencabar minda.

Mereka menghinjut-hinjutkan bahu tanda tidak tahu. Oh, mungkin saja lupa gamaknya. 🙂

‘MOHO atau nama panjangnya adalah Model of Human Occupation mengupas tentang tiga ciri yang perlu ada pada seorang manusia untuk membentuk rutin harian mereka.’, saya berhenti seketika. Menghembuskan nafas tanda semput. Dan juga sekadar taktik untuk menarik perhatian mereka.

Saya menyambung, ‘Tiga komponen tu adalah AVOLITION, MOTIVATION dan HABITUATION. Bila seorang manusia itu sudah ada ketiga-tiga komponen ini, maka akan terbentuklah OCCUPATION PERFORMANCE dalam hidup mereka.’

Mereka mula mengangguk-angguk. Ada yang bereaksi sudah tahu tapi lupa. Dan ada juga yang seakan-akan baru tahu.

‘Apa perkaitannya dengan Islam?’, saya menyoal langsung.

‘Tak tahu!’, serentak mereka menjawab.

‘Pernah dengar hadis Nabi mengenai ajarlah anak kamu mengenai dan mengerjakan solat ketika berumur 7 tahun. Dan seandainya ketika mereka berumur 10 tahun, tapi masih lagi meninggalkan solat, maka rotanlah mereka?’

Pernah!

Saya menyambung pengulasan,

“Sebenarnya dalam permulaan ajaran Islam itu bermulanya dengan memupuk sifat AVOLITION yakni keinginan dalam mentaati perintah-perintah Allah S.W.T. Contohnya sudah saya kemukakan mengenai melatih anak seawal umur 7 tahun untuk mengerjakan ibadah wajib solat. Mengapa 7 tahun? Kerana ketika itu cognitive function mereka sedang aktif dalam membina proses kematangan berfikir. Biasanya budak yang berumur 7 tahun sudah mula untuk berdikari sendiri dalam menguruskan hal yang remeh tentang diri mereka seperti pakai baju, mandi dan rutin-rutin yang lain.

Apabila sudah terbinanya keinginan dalam mentaati perintah agama seawal usia itu, maka akan terpupuk pula MOTIVATION dalam diri bahawasanya mengerjakan ibadah solat itu bukanlah satu bebanan tetapi adalah satu keinginan yang terbit dalah diri.”

Mereka khusyuk mendengar saya berceloteh panjang. Langsung tidak mengubah posisi.

Saya bertanya lagi,

‘Kalau benda yang kamu suka untuk buat, adakah kamu akan melakukannya berkali-kali tanpa arahan daripada orang lain?’

Ya!

Terusa saya menyambung penjelasan,

‘Rentetan daripada MOTIVATION itu tadi, kita akan mula menjadikan solat itu sebagai HABIT kita seharian. Sekali tinggal solat, ibarat macam ditikam dengan 10 tikaman! Dan akhirnya ia menjadi salah satu pekerjaan yang wajib dalam hidup kita untuk kita melaksanakannya walhal ia sebenarnya memang wajib.’

Ooo, macam tu ke? A’ahlah, tak perasan la pulak selama ni. , luah mereka sambil memandang antara satu sama lain.

‘Tanpa kita sedar, OT dan ISLAM sebenarnya berkaita rapat. Masakan kita belajar mengenai manusia tanpa merujuk kepada pencipta manusia. kan?’

Mereka mengangguk-angguk tanda faham penjelasan saya.

Saya hanya tersenyum sambil membisik dalam hati,
Alhamdulillah, satu dakwah telah saya lakukan pada hari ni! ,

*************************************************************


Bicara saya sebagai salah satu ahli GD :

Maklumat perbincangan ini sebenarnya adalah daripada seorang pensyarah saya. Bagaimana kreatifnya beliau dalam menjelaskan satu-satu subjek dengan islam. Mudah di hadam pelajarannya sehingga kini. Alhamdulillah. 🙂

Perbincangan ini juga berkaitan dengan fenomena sekularisme. Agama Islam itu bukanlah milik mereka yang berijazahkan Usuluddin mahupun Usul figh sekalipun kos-kos agama yang lain. Ia adalah milik orang islam. Walaupun kita bukanlah berpangkatkan nama ustazah mahupun ustaz, tidak bermakna kita tidak layak membawa agama Islam dalam pekerjaan kita bukan?

Fahamilah maksud : Islam itu adalah suatu cara hidup. Dan . .

PEMULIHAN CARAKERJA + CARA HIDUP amat berkait rapat! 🙂

Advertisements

2 comments

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s