9 tahun yang lalu . . .


Assalamualaikum w.b.t.

Bismillahirrahmanirrahim.

Bahtera saya

Yeay, alhamdulillah. Akhirnya jari jemari saya berjaya meneruskan khidmatnya dalam mengerakkan denyutan nadi sebuah riwayat. Sambil menahan silau pandangan sang Matahari, saya cuba memerahkan otak serta bermain dengan emosi kali ini. (Bajet nak buat suspen) hehehe

Kalian tahu?
(Konfem tak tahu..)

Dah 9 tahun ..
Dah 9 tahun ..
Dah 9 tahuunnn .. !

Saya melayari bahtera kehidupan tanpa seorang ‘Nakhoda’. 🙂 Yang kapalnya hanya di gerakkan oleh kelasi-kelasi kecil kapal yang agak bertauliah. Mujurlah pemangku kepada Nakhoda itu adalah orang yang sebegitu hebat. Walau kadang kala di pukul ribut taufan di tengah lautan, masih mampu dan bijak mengandaikan arah tujuan yang betul demi sampainya bahtera ini ke destinasi.

Susah. Payah. Getir. Pahit. Suka mahupun duka. Di telan bersama-sama dengan kelasi-kelasi kapal. Mujur juga ada sang ‘kompas’ yang menjadi petunjuk. Hilang arah, cepat-cepat melihat ke arah ‘kompas’. 🙂 Alhamdulillah, masih lagi bahtera itu mahu belayar dengan sebaiknya.

Tak lama lagi, bahtera yang saya naiki ini bakal bertambah keahliannya. Saya tak tahu siapa mahupun bila. Tapi ia bakal bertambah! ( tiba-tiba ‘curious’ nak tahu siapakah keahliannya itu. hehe)

***********************************************************

Bahtera?
Zaman bila pulak bahtera ni. Sekarang kan dah ada KERETA TERBANG. Buat lambat je naik bahtera. Kan?

[Tahan gelak jap]

Okey, guys!

Bahtera kat sini di andaikan sebuah kesah kehidupan saya. Nakhoda di situ adalah arwah Papa saya. Dan semestinya pemangkunya adalah Mama saya. Kompasnya pulak agama Islam itu sendiri. Taklupa juga ‘kelasi-kelasi kecil’ yang agak bertauliah itu adalah adik beradik saya.

Ehem. Ehem. Dan ‘keahlian’ yang bakal bertambah itu adalah .. Tut.Tut.Tut. (Teka lah sendiri)

———-

Saya menangis. ( Whoah! Srikandi menangis derr.. )
Cepat-cepat mengesat air mata yang meleleh di pipi sebelum roomate saya bangun. *Hehehe*

Hanya kerana saya menonton ceramah ini :

Berkata Kakak saya selaku ‘kelasi’ kapal yang agak besar sedikitnya khidmatnya yang ciplak menerusi laman sosial privakasi beliau :

9 tahun yang lalu…
sorang insan yang sgt disayangi n dicintai telah kembali mengadap Ilahi.

Maafkan kak long papa,
waktu itu kak long n adik2 masih terlalu muda n kecil,
tidak pandai lg utk mengurus jenazah papa,memandikan, n mengkafankan.
Adik2 lelaki pun masih belum cukup umur utk mengimamkan solat jenazah, dan tidak mempunyai kudrat utk bersama2 mengebumikan jenazah papa.
hanya mampu memerhati, sedikit demi sedikit tubuh kaku itu semakin hilang dilitupi tanah.

tp Alhamdulillah, hasil didikan papa n keprihatinan papa dlm memastikan kami adik beradik pandai mengaji quran, malam sebelum jenazah papa dikebumikan kami sempat habiskan 30juzuk alquran utgk di’hadiah’kan kpd papa.

ya Allah semoga kami, anak2 papa dpt menjadi ‘tiket’ utk papa ke syurga kelak.amin.=)

P/S : Maaflah beb, saya ciplak! (hehe)

————-

Bila teringat kembali kecik-kecik dulu, saya tersedar .. bahawasanya arwah Papa saya teramatlah fleksible orangnya.

Papa saya ..

– Pandai memasak!
– Pandai berkebun!
– Pandai bermain sukan! (dalam komputer mahupun!)
– Pandai melukis!
– Pandai menternak binatang!
– Suara sedap. Siap ada band kot untuk MPKB suatu ketika dulu.
– Lunak selunaknya bila Papa baca Al quran. Kalah orang tilawah dalam TV 1 tau!
– Pandai menjahit.
– Pandai main alat muzik.
– Pandai berceramah.
– Pandai bercerita
– Pandai bersawah. Sebab nenek adalah seorang petani!

Pendek kata, hampir semua Papa pandai. Whoah! Bertuahnya saya mendapat seorang nakhoda yang sebegitu hebat derr!

************************************************

Bicara saya yang sedang menulis ini :

Terfikir jugak saya, adakah sebegitu fleksibel juga Papa kepada anak-anak saya nanti? (Okey, stop. Dah mula nak melalut.) Soalan yang perlu ada jawapannya. Hehehe. [amin]

“Wahai orang-orang yang beriman, jagalah diri kalian dan keluarga kalian dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (At-Tahrim: 6)

Advertisements

4 comments

  1. yup, arwah papa is really awsome. ^_____^
    tp sayang, nape bakat2 papa x turun ko kak long walau satu pun? huhu.

    oh,ada satu lg yg papa suka n tringin nak buat tp tak kesampaian, iaitu TRAVEL around the word. ingat lg dulu papa sokmo tgk channel discovery n travel kat astro.

    Alhmdulillah, Allah bg rezeki utk kak long realisasikan impian papa.=))))

  2. Allah. dan 2 kali saya menangis. :’)
    1) mndgr ceramah ini.
    2) betapa tabah anak2 papa, dan bertuahnya papa punyai co-pilot yang mampu membesarkan anak2 nya… 9tahun, dan kelasi2 kapal yang masih kecil cute miut….

    Allah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s