Dah 20 tahun dah …


Assalamualaikum w.b.t.

Bismillahirrahmanirrahim.

Dah LIMA hari berlalu untuk tahun 2012 ni. Rasa macam tak percaya dah berumur 20 tahun! Whoah, teruja sungguh! (Biarpun sebenarnya kalau di ikutkan bulan Islam, saya dah lama menginjak usia itu. Saje nak buat gimik murahan. Hehe)

20 sudah berlalu.
Daripada seorang kecik, nakal lagi buas bagai menjadi seorang yang penuh berdedikasi dan ayu semesti. (Amin)

Jika dulu, seorang TERLALU keras kepala dan keras hati.
Sekarang, … masih lagi seperti dulu. (ehehe)

Jika dulu, badannya kecik aja.
Sekarang ni masih lagi kecik macam biasa tapi kemungkinan agak lebar ke tepi. 😦

Jika dulu, baca ABC sambil menyanyi.
Sekarang, dah tak perlulah. Buat apa nak baca ABC lagi. Kan?

Okey.
STOP.
Melalut pulak saya ni.
=,-

************************************************************

SERIUS ENTRI.

‘Boleh bagitahu saya apa itu deficit di dalam Neuro? tanya Sir.

Cepat-cepat kami membelek nota yang kemas lagi cantik itu.
Sleehh.. Sleehhh.. (bunyi kertas di belek)

‘Kenapa ye pelajar selalunya kalau saya tanya soalan pasal lectures semalam mesti sibuk-sibuk membelek nota?’ tanya Sir Jaya dalam bahasa Inggeris yang memakai ‘lahjat’ India.

Saya yang ketika itu berada di meja hadapan sekali (budak baik) tersentak seketika. *Dush.Dush. awat tiba-tiba terasa pulak* Sambil tersengeh-sengeh (muka membodek) pandang ke arah Sir. Terjungkit-jungkit bahu saya berikan sebagai tanda TAKTAHU.

erk!

————

Okey.

Saya akui . .

Ya, majoriti itulah gaya dan rentak pelajar selama ini. Tak pernah berubah dari generasi berganti generasi. Dari yang tadika hinggalah Universiti. Dari di India (ops!) hinggalah Mesia. Sama je ‘tariannya’. Ilmu fil kutub je memanjang bila la nak lekat di qulubnya.

* Take note : kutub – buku , qulub – hati

‘Sekarang ni kamu kena belajar menyimpan segala nota di LONG TERM MEMORY kamu. Barulah boleh ingat sepanjang masa. Kamu mesti RECALL setiap masa, biar SHORT TERM MEMORY kamu berpindah ke LONG TERM MEMORY.’ terang beliau panjang lebar memberikan kami nasihat.

Penuh minat saya mendengarnya.
*PLUS nak bodek.* Ehehe.

Kelas Sir ada tiga jam.
Satu jam kelas untuk Neuropsychology Assessment dan dua jam berbaki Neuropsychology Condition.

Dan..

Alhamdulillah, saya berJAYA!!!

Berjaya tak tidur didalam kelas. Oh, akhirnya! 🙂
*Gara-gara duk didepan*

Sepanjang JAM saya berada di dalam kelas, tipulah kalau saya kat tak pernah ‘meredah’ alam lain.Namun, SATU PERISTIWA yang telah menyedarkan saya hari ini.

iaitu …

Ketika itu, Sir sedang terangkan mengenai fungsi otak. Saya dan mata saya yang bengkak ditambah lagi kesejukkan bilik kuliah yang mencengkam sanubari telah berjaya membuat saya merentangi beberapa selat-selat lautan dalam buku geografi. Sehinggalah ada satu suara muncul dan menjadi api rintangan terhadap ‘pelayaran’ saya yang maha dasyat itu …

‘Okey, you. What is the function of hipocampus?’ tanya Sir Jaya dengan memandang tepat ke arah saya. Gulp!

Dengan penuh dedikasi dan konfidennya saya jawab, ‘memory!’

‘Okey, that’s right. I think u have a good memory so thats why u can remember that!’ puji Sir tanpa berselindung dan menyambung balik sesi pengajaran.

Terus saya toleh ke tepi dan menjawab, ‘Fuh, naseb baik betul. Padahal teka cincai je.’

Ketawa berderai kawan-kawan saya. *hampeh, baru je hidung nak kembang 10 inci*

(Habislah kerjaya OT kalau ada terapis macam saya ni. Astagfirullah)

************************************************************

Bicara saya yang semakin matang :

Kesalahan kebanyakkan para pelajar adalah kurang mengambil berat dengan apa yang dipelajari. Sekadar baca nak masuk pekse. Kalau tidak haram kejadahnya nak pandang.

Terfikir saya …

Bagaimana nak melahirkan seorang cendikiawan dalam Islam? Sedangkan Ibnu Sina mahupun Ibnu Khaldun bahkan Syed Naquib Al Attas sekalipun amat mengambil berat walau seremeh sekalipun sesuatu pelajaran itu.

dan…

Perkembangan dan percambahan ilmu serta penyelidikan mahupun penterjemahan bagaimana mungkin mahu berlaku serancak seperti era khilafah Abbasiyah, Sekiranya sikap kita (eh, saya je kot.) masih di takuk yang lama. *dan mungkin aja dah basi*

Hmmmm…

(kelepap bunyi saya memetik jari. Dengar tak?)

Fikiran yang perlu ada solusinya. 🙂

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s