Dedikasi buat Asma’ :)


Assalamualaikum w.b.t.

Bismillahirrahmanirahim.

Skrin netbook jenama DELL di tatap kemas. Entah idea melayang ke mana. Jari hanya mengikut rentak rasa. Beku. Buntu.

Saya bukanlah Si Rabiah, yang ceritanya penuh indah. Terasa terlalu GAH tatkala membaca kisah hidupnya.

Dan semestinya saya bukan Si Zainab, wanita yang teramat istimewa di jalan dakwah. Dengan kelembutannya, ummah mampu dirinya mentarbiah!

Dan juga yang pastinya saya bukanlah Si Sumaiyah, wanita pertama yang merasai kelazatan sebuah SYAHIDah!

Senyum.
Senyum yang penuh kelat.

Hmm.

**************************************************

Khas buat adikku yang akan dan telah menjejak kaki ke MMP 🙂

Oit budak!
Dengar betul-betul saya nak bagitahu.

Pertama segala yang utamanya :

Ketahuilah wahai Asma’,
Di Maahad itu terbentang dua jalan pilihan.
Sama ada ‘JURUS’ atau ‘GEDEBE’.
Di awal usia remajamu kini, fahamilah bahawa memilih kawan itu menjadi SUBJEK utama.

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan
Allah.

Photobucket Sekali je kamu tersalah pilih, meranalah kamu LIMA tahun di Maahad. (Hahaha. Ketawa yang paling jahat)

Kedua :

Sekiranya peraturan atau undang-undang di Maahad teramatlah mencengkam di jiwa sanubari kecil kamu, berSABARlah!
Saya dan Kaklong rileks lagi tenangnya melalui zaman itu dengan penuh bahagia bagai! (hehehe)

Ketiga :

Tiada yang HEBATnya seandainya kamu tidak menjaga ADAB dengan guru-guru mahupun asatizah di Maahad. Sungguh, merekalah permata di hati saya dan Kaklong. Jangan kamu sakiti guru-guru kami dengan tingkah laku kamu. (eheh, bajet sangat. Macam la saya tak pernah. =P)

Dan juga dengarilah segala nasihat dan mutiara kata dari mereka. Percaya atau tidak, dengan keringat merekalah saya dan Kaklong berjaya meneruskan perjalanan sejauh ini. Mereka guru kami dan kamu, maka JAGALAH HATI mereka sebaik-baiknya. (Huh, sebak tiba-tiba!)

Keempat :

Manfaatkan TARBIAH yang ada di Maahad.
Usrah, Tamrin, Qiam mahupun Kuliah hadirilah.
Jangan PONTENG walaupun sedetik.
Kerana ia bakal menjadi ‘bekalan’ kamu selepas ini.
Percayalah kata saya! 🙂

Kelima :

Yang ni terakhir.

Photobucket
Dan ini adalah harapan saya dan juga mungkin kaklong.

Jadilah kamu penyambung mata rantai perjuangan Rasulullah S.A.W.
Ikutilah jejak-jejak mereka yang ingin menegakkan dakwah dan tarbiah di Maahad.
Jagalah akademik. (walaupun saya selalu gagal untuk itu. Ehehe.)
Hiasilah akhlak kamu. (walaupun saya yang menasihati kamu ni lebih teruk daripada kamu. Wink.wink~)
Hormatilah guru-guru mahupun Pak Guard dan MakCik-Makcik kantin sekalipun.

Apa yang penting, JANGAN LANGGAR PERATURAN SEKOLAH!

Photobucket (hehe. Dua orang kakak kamu ini Ketua pengawas. Janganlah nanti kamu menjadi Ketua Pengat pulak. =P )

Saya yakin saat ini kamu tidak mengerti apa yang saya maksudkan, tapi suatu hari nanti kamu pasti memahaminya!

*********************************************************

Photobucket Bicara telus saya yang cantik lagi berbudi bahasa :

‘Nah, ikhlas dari saya. Dari hati untuk hati. Dan jangan buas-buas di sana.’

(PEACE! ^.^Y)

Advertisements

8 comments

  1. kah3.perkataan lawak dlm entry di atas:
    1. GEDEBE
    2. KETUA (KEPALA) PENGAT
    3. BUAS-BUAS
    4. SAYA. *tiba2 jadi sopan kecek ngn adik.ngeh3~

  2. Bismillahirrahmanirrahim..

    kak am terr..
    terharu dik ya baca.. huhuhu..
    buat dik Asma’.. ingat pesan kak am tu.. kak ya sokong apa yang kak am cakap..panduan kak am dah bagi.. bergantung pada dik asma’ nak ikut ke x.. InsyaALLAH.. moga dapat buat yang terbaik ye dik asma’.. xsabar mahu ‘jumpa’ kamoo.. =]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s