Teguran atau sindiran?


Assalamualaikum w.b.t.

Bismillahirrahmanirrahim.

Fuh, letihnya ‘memaksa’ diri duduk depan Netbook semata-mata nak update entry blog! Timeline update terlalu jauh di tinggalkan. Kekangan masa? Oh, alasan lapuk bagi saya. Tiada idea? Hmm, alasan ni masih boleh diterima. *Hehe*

Okey, entrinya bermula…

Ehem.ehem.ehem.
Betulkan posisi sekejap.

Ok. eksen!

*********************************************************

‘Allah! Habislah kali ni?’, rengus saya.

Apa taknya, terdaftar satu kursus ni.
Last-last minute baru tahu tak perlu. Walaweh!
Dahlah tarikh daftar kursus ni dah ditutup.
Tak boleh dah nak padam balik.

Lagi dasat sedasat-dasatnya,
saya terlebih jam kredit!
Gobar dah kat situ.

Okey, relax.
Masih lagi COOL.

Tiba-tiba datang pulak si kawan ni bagitahu,

‘Am tahu dop, kalau silap register ko, tak register ko, bakal di GUGUR TARAF sebagai pelajar U***?’

Tanpa banyak reaksi, saya hanya mampu tersengih.
Konfem, matilah kali ni!

Dengan kecuakan yang membuak-buak,
saya cuba untuk tenangkan diri.

Perlahan saya bisikkan untuk diri sendiri,

‘Allah ada. Relax sentiasa..’

Dan mulut kembali berperanan dan hati yang penuh telus lagi mulus mula bertafakur panjang. .

Ya Allah permudahkan urusanku!

***********************************************************

Seusai solat Maghrib, saya mencapai Kalamullah di atas meja. Sudah menjadi rutin, enam muka surat lembaran itu WAJIB untuk diri sendiri + dengan tadabbur maknanya sekali untuk sehari.

Surah Al An’ám di tenung kemas.
Jam menunjukkan tepat pukul 7.30 malam.
Tanpa melengahkan masa, saya terus melagukan ayat suci itu dengan alunan ciptaan sendiri.

Dalam pada itu, gundah di hati tetap merayap-rayap. Hampir sahaja ia menghinggapi kantung air di kelopak mata.

Lebih kurang 10 ke 15 minit, selesai sudah bacaan saya.
Sekarang tibalah masanya pula mentadbur makna bacaan itu tadi.

Start je makna pertama daripada surah tersebut..
Satu libasan menghinggapi hati.
Seolah-olah ‘menghalau’ gundah itu pergi.
Allah…

Saya teruskan tadbur makna ayat seterusnya.

dan….

Sekali lagi, saya ..
Terpukul dengan libasan ayat itu.
Amat-amat terpukul!

Bunyinya . .

‘Katakanlah (Muhammad), “Siapakah yang dapat menyelematkan kamu dari bencana di darat dan di laut, ketika kamu berdoa kepadaNya dengan rendah hati dan dengan suara yang lembut?” (Dengan mengatakan), “Sekiranya Dia menyelamatkan kami dari (bencana) ini, tentulah kami menjadi orang-orang yang bersyukur.” [63]

‘Katakanlah (Muhammad), “Allah yang menyelamatkan kamu dari bencana itu dan dan dari segala macam kesusahan, namun kamu (kembali) mempersukutukannya.” [64]

Saya merenung sendirian.
Adakah ini satu TEGURAN atau SINDIRAN Allah kepada saya?

Namun, BENAR..
Yang saya rasakan adalah SINDIRAN dariNya!
Ketika waktu senang, mudahnya saya alpa.
Tapi, bila datang waktu yang menyempitkan, terkedek-kedek mencariNya!

Allahurobbi. Merah padam muka saya menanggung malu akibat perbuatan diri sendiri!

Walaubagaimanapun, saya tetap teruskan berdoa agar masalah itu dapat di selesaikan dengan jayanya tanpa sebarang persoalan lagi.

Saya yakin, sindirinNya sebenarnya ingin menuntut PERUBAHAN dari saya. Bukankah Allah tidak akan ubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu yang mengubahnya? Kan?

MasyaAllah!
Hebatnya cara Dia menegur. 🙂

Alhamdulillah, sungguh Allah tidak pernah mensia-siakan doa hambaNya. Masalah saya telah pun berjaya di selesaikan tak sampai sejam pun. Mudah. Semudah mengopek kulit kacang!

*******************************************************

Bicara kecil si daun semalu :

Kerana indahnya dunia, banyak dari kita terlupa betapa INDAHnya lagi akhirat. Benarlah Alquran itu satu panduan. Sejujurnya, bilamana saya mentadbur ayat-ayatNya setiap hari, pasti persoalan yang bermain di fikiran saat itu akan terjawab. Benar! Saya tak bohong, apatah lagi mendustakan ayat-ayatnya.

Kadangkala ia menjadi MOTIVASI,
Kadangkala ia menjadi INOVASI,
dan kadangkala ia menyuarakan apa itu REALITI (akhirat) dan juga siapakah itu FANTASI (dunia).

Allah. Hebatnya cara Dia mendidik saya dan kalian semua. 🙂

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s