Pengkritik terhebat


Assalamualaikum w.b.t.

Lambaian kasih dan syukur di rafa’kan kepada Dia yang Maha Hidup lagi Gagah Perkasa. Kucupan mesra selawat serta salam buat Rasul Junjungan, Nabi Muhammad S.A.W. dan ahlul bait.

Orang kata kalau nak menilai pengkritik paling hebat, tengok American Idol. Takpun kalau versi Malay, Akademi fantasia, Idola Kecil dan segala bagai lagi lah!

Kalau kalian, sape pengkritik terhebat?
Musuh kalian?

Mungkin!

Sebab merekalah satu-satunya manusia yang alert akan kelemahan kita dan kelebihan kita.

Tapi..

Untuk saya..

Pengkritik yang terhebat adalah.. MAMA saya.. 🙂

*****************************************************************

Orang kata lagi ANAK KETIGA ni ‘banyak’ perangai.
Suka ikot MOOD dia.

Kalau dia tengah HANGIN, jangan cuba dekat kalau tak nak TERANJANG super saia daripada dia.

Tapi, cuba je kalau dia tengah HAPPY. Semua benda nak belanja. =.=

dan Saya anak KETIGA daripada ?? adik beradik.
Terkadang betul jugak ramalannya.
Akui saya memang seperti itulah ‘kami’.
Memang perlu MOOD untuk membuat sesuatu.

Oleh kerana mood itu..

membuatkan diantara adik beradik yang paling kuat kena kritik oleh mama adalah saya. Saya pun tak tahu kenapa. Keras kepala mungkin?

Buat benda tak kena, terus ZAPP kena bidasan daripada Mama. Buat benda salah sikit langsung di pancul panahan berapi oleh Mama. Of course paling pedih dan menusuk kalbu sekali bila hasil kerja saya di bandingkan pulak dengan adik-adik yang lain. *Tersengih-sengih mereka melihat saya di marahi. Memang nak kena!*

Bila ditanya kenapa asek-asek marah saya, Mama jawab :

“Doh buat kijo tok sungguh. Kito ni buat kijo biar sungguh walau pon benda tu kecik. Ni dop, duk koya jah 24 jam..”

Pedih tak? 😦

Ada lagi. Sambung Mama lagi :

“Bakpo la buat kijo sokmo ‘tebolah’. Acu prati molek gak eh. Adulah!”

Kadang-kadang ayat yang dipanculkan, terasa kecik je hati. Enggan ‘membalas’ semula tembakan, saya akan terus masuk bilik tidur. Hati PANAS, jiwa MENGGELEGAK, nafas pun turun naik! Bila tidur, alhamdulillah reduce sikit rasa melenting. Dan kembali bekerja seperti biasa. 🙂

********************************************************

Kejam kan Mama saya?
Langsung tak tapis apabila membidas.
Terus sahaja mengcengkam apabila tersalah.

kan? *angkat tangan sapa kata ye?*

Jawapan saya semestilah TIDAK!
Mana mungkin anak sendiri berkata sebegitu rupa kepada ibunya. HEHE

Bagi saya, MAMA lah yang paling TELUS dalam ‘membidas’ anak-anaknya. Setiap picu ‘tembakan’ dan ‘das-das’ yang di berikan, sebenarnya menentukan peribadi anaknya kini. Saya akui, dengan lenterannya mampu membuat saya lebih berhati-hati dalam setiap tindakan dan menjadi orang yang paling teliti dalam membuat keputusan.

Benar, ia berlaku!

Jika dahulunya saya seorang pemalas di rumah (alamak, habis kantoi!), saya menjadi seorang yang paling rajin apabila berada di kolej.

Ayat yang paling saya ingat :

“Ingat, kok mano-mano kena cek keselamatan…”

Mungkin penangan ketiadaan papa membuat Mama menjadi terlalu cakna atas keselamatan anak-anaknya. Pernah sekali rumah kami black out gara-gara short electric dekat rumah wayar. Nasib baik tak terbakar. Fuh! Alhamdulillah!

Hingga kini saya masih lagi menerima setiap das tembakan daripada Mama. 🙂

**************************************************************

Bicara Hati :

Percayalah, lenteran ibu sebenarnya menjadikan kita lebih ‘dewasa’ dalam meniti setiap denai kehidupan. Walaupun pahit, telanlah. Kerana PAHIT itu adalah UBATnya. Seriously, i damn miss to my mom’s lectures! 🙂

Advertisements

8 comments

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s