tak cukup!


Assalamualaikum w.b.t.

Bismillahirrahmanirrahim.

'korek' punya 'korek'.. HUHU

Sudah lama riwayat ini tidak bernafas. Penat saya ‘mengorek’ otak saya agar idea itu datang. Sempat juga berfikir untuk di hantuk sahaja kepala besi saya ni. Namun, ALHAMDULILLAH, diri ini masih WARAS untuk berbuat sedemikian. *HEHE :P.

Rasa kelaianan apabila saya tidak lagi menjejakkan kaki ke hospital. Sejujurnya dan sepenuh hati ini bersepakat memberitahu jantung dan akal, saya amat RINDU sekali akan ia yang di namakan HOSPITAL SULTANAH BAHYAH itu.

Saya RINDUkan telatah dan kenakalan pesakit-pesakit di situ.
Saya RINDUkan sebuah ‘kesabaran’ dalam diri saya ketika membuat rawatan.
Saya RINDUkan critical thinking dalam memikirkan aim dan treatment plan.

Semua saya rindukan. Bermula pintu depan masuk hospital sehingga lah pintu keluar hospital. (Walaupun sebenarnya ia adalah pintu yang sama. *HAHA)

********************************************************

Sekembalinya jasad dan roh ini ke kampus, saya seolah-olah di beri nafas baru. Berkobar-kobar jiwa ini dalam menagih ilmu dan kerahan tenaga kerja. Iltizam tahun baru mungkin! Photobucket HENSHIN!

Ingat lagi ketika saya semester SATU. Terkapai-kapai di buatnya. Jika dulu di sekolah, kesemuanya dihidangkan. Ceramah, kuliah mahupun tazkirah senang didapati dengan mudahnya.

Ibarat memetik jari ibu dan tengah! kelePap!

Namun, apabila ke kampus, semua itu tidak lagi menjadi isu utama dalam pentadbiran di sini. Hanya sekadar kuliah yang biasa di dengar dan sedikit program islamik yang di anjurkan oleh beberapa persatuan. Saya tak salahkan pentadbiran dikampus. Yang salah adalah saya kerana MALAS dalam mencari ILMU.

Oleh kerana jiwa yang dahulu ditarbiah sebegitu rupa (mendengar ceramah/kuliah/ tazkirah), pernah seketika jiwa ini memberontak. Betapa seksanya saya memujuk jiwa sendiri agar bersabar menghadapi suatu dugaan yang tidak terperi sakitnya ini. Resah dan gelisah. Itulah yang dirasai. Saya kira sekiranya di bawa ke hospital, PASTI sudah di emit kan ke dalam ward ICU selama beberapa bulan. SAKIT YANG AMAT SANGAT!

Sepanjang semester itu, saya cuba mengubatnya dengan membeli beberapa buah buku. Alhamdulillah, sedikit menyembuhkan. Apabila naik semester DUA dan TIGA, hal yang sama berlaku lagi. Malah ia semakin parah. Photobucket ‘Kegilaan’ jiwa ini dalam menagih makanan rohani semakin membuak-buak. Sehinggakan air mata turun mencurah-curah. SAKITnya seperti pedang yang menusuk kemas! Nafas saya turun naik ketika melawan pemberontakan yang wujud dalam diri. Ketika itu tindakan saya hanya satu, DAPATkan seberapa banyak yang mungkin BUKU-BUKU ilimiah mahupun CERAMAH (youtube) untuk memadamkan langsung api kemarakkan hasil pemberontakkan itu. Akhirnya, saya masih mampu bertahan.

********************************************************

Setiap SEMESTER berganti SEMESTER,
Saya selalu impikan…. Photobucket

Seandainya saya mempunyai lesen memandu (tak kiralah motor mahupun kereta), ia PASTI memudahkan saya untuk berjalan jauh mencari ILMU.

Cemburu saya melihat sahabat-sahabat seangkatan dan segandingan. Tambah-tambah yang mengambil jurusan agama. Expertise mereka dalam ILMU agama amatlah dasyat sekali saya kira. Terlopong saya seketika apabila membaca sesi discussion di antara kami atau ketika membelek-belek hasil penulisan mereka di dalam blog. Fuh, jika mahu bandingkan penulisan blog saya dengan mereka amatlah jauh bagai langit dan bumi, bahkan mungkin juga boleh di ibarakatkan bumi dan pluto! Allahurobbi. Lemahnya diri ini.

**********************************************************

KATA HATI YANG TELUS :

Tidak mengapalah.

Walau tidak HIDUP seperti mereka, BERNAFAS tercungap-cungap pun jadilah. Asalkan ia bernafas!

Photobucket 4 perkara yang cuba saya ketengahkan dalam membina diri sendiri :

– MUALLIM (orang yang alim)
– MUTAÁLIM (orang yang menuntut ilmu)
– MUSTAMIÜN (orang yang mendengar ilmu)
– MUHIBBUN (orang yang mencintai ilmu)

Inilah dia ‘marhalah’ untuk saya! 🙂 Pembinaan diri sendiri.

*psst, sebelum ke gerbang rumah tangga noo! HAHA. Ops, hanya selingan sahaja!*

Doakan kesabaran dan ketabahan saya. Sungguh setiap kata-kata itu diuji. Paling perit apabila berkata-kata tapi tidak melaksanakan! Bukan setakat menjadi bodoh gara-gara kejahilan diri sendiri, malah di benci Allah lagi! Nauzubillah..!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s