Air mata itu tumpah!


Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah di rafa’kan kepada Ilahi. Selawat serta salam buat Rasul Jujungan Mulia, Nabi Muhammad S.A.W. dan ahlul bait baginda.

Kenangan seketika merantau di negeri orang.

Air mata itu tumpah!

Kami terkedu. Saya membisu. Hajar dan Tira pun melakukan hal yang sama. Siapa kira seorang lelaki mampu mengalirkan air mata di hadapan khalayak ramai!

************************************************************

Waktu kejadian : 5.30 petang
Hari : Rabu ( 30.11.2011 )

Enggan mengeruhkan lagi suasana, saya cuba untuk tidak menghiraukan dengan beraksi seperti biasa.

‘Paksu, sekejap lagi nak p beli pinggan polisterin untuk jamuan esok!’, kata saya dengan nada biasa sambil mengukir senyuman ke arahnya.

Paksu menoleh dan melihat ke arah saya sebagai tanda respon terhadap tajuk perbualan kami. Matanya merah berair. Sambil mengesat air matanya, dia membalas dengan senyuman dan menjawab, ‘Okey, baik! Boleh-boleh.’ Lagaknya seperti tiada apa yang berlaku.

Sepanjang perjalanan, kami kaku seketika. Terkesima.

10 Minit kemudian…

‘Tadi Paksu mengelamun, memikirkan tentang kalian semua. Banyak-banyak yang sewa kat rumah Paksu, kalian bertiga yang paling rapat!’, luahnya tanpa di suruh.

Saya mula memasang telinga dan masih lagi berlagak seperti biasa. (Walhal dalam hati, sebak sudah lama ‘mengetuk’ pintu meminta izin untuk masuk!)

‘Ya Allah Paksu! Tak ada apalah daripada kami. Kuat menyuruh adalah.’, balas Hajar dengan aksi spontan, seiring dengan gelak ketawa daripada kami.

Paksu dan Maksu

PAKSU & MAKSU

Tuan punya rumah tempat kami sewa.
Orangnya peramah dan baik hati!

Selalu belanja kami.
Selalu bawa kami pegi jalan-jalan. Kenduri pun di angkut sama. (Ish-ish-ish)

Sampaikan . . .
Nak balik ke Puncak Alam pun, rela menghantar kami!

Subhanallah!
Semoga Allah merahmati kalian!

Itu doa kami. šŸ™‚

**********************************************************

Apa yang penting, saya pasti merindui . . .

Menuruni tangga 'Gunung Kinabalu' !

Tandas kami!

Inilah satu-satunya tandas.
Setiap pagi, kami kena amik giliran untuk masuk tandas.
Siapa yang bangun dulu, cepat-cepat terjah!

*Tapi selalunya kalau hari minggu, tiba-tiba je rasa baik nak bagi orang lain dulu masuk! HEHE

Paling malang, bila ada di antara kami yang sakit perut ketika waktu pagi. Lewatlah jawabnya kami bersiap untuk ke hospital.

Dan bertambah malang lagi sekiranya, ketiga-tiganya ingin ‘melabur’ pada waktu yang sama! * Allahurobbi. Pahit betul pengalaman itu.

Kolah yang pasti saya merinduinya. Sejuk dan nyaman. Tambah-tambah kalau waktu hujan. *Membeku sejam dalam bilik air!

'Katil' kami. Siap ada kelambu lagi tau!

Huh, inilah dia ‘katil’ kami bertiga.
Toto Narita. (Bukan sotong kurita. Baca betul-betul! :P)
Yang sepatutnya untuk SINGLE PERSON.
Tapi kami redah bagi muat THREE PERSON.

Setiap malam, pasti ada pertengkaran kecil daripada kami gara-gara merebut ‘wilayah’ demi kepentingan peribadi. HEHE

‘Eh, alih sikit. Awak dah melebihi kawasan saya!’ bentak Hajar.

Dengan nada geram, saya membalas, ‘Molek sikit deh. Ni tengok molek-molek, garisan panjang (mengikut corak Toto) yang jelas lagi terang bersuluh, ini menandakan kawasan saya. Awak tu yang amik tempat saya!’

Tak habis dengan Hajar, Athira pun turut serta, ‘Luahnyo dio tido! Acu aleh sikit kok nuh!’

Beginilah kami bertiga. Asyik-asyik tak puas hati dengan wilayah masing-masing. *Astagfirullah.

Kami bertiga!

Walau angin badai merempuh, sehinggakan tiang elektirk pun mampu runtuh!

Alhamdulillah sehingga kini, hubungan antara kami tetap utuh.
Seutuh kasih yang tak pernah terputus! šŸ™‚

*************************************************************

Bicara hati :

Sepanjang penitian dalam kehidupan ini, kita akan bertemu dengan pelbagai ragam dan karenah sifat manusia. Dari yang degil membatu sehingga secair ais batu!

Bagitu juga jalan dakwah. Bukan selalu kita akan berada dengan mereka yang ‘seangkatan’ dengan kita. Sekali sekala perlu ‘merantau’ sendirian. Belajar mematangkan diri sendiri.

Bila ditanya kepada saya, plan praktikal seterusnya untuk ke mana. Dengan jujur saya menjawab, Yang penting luar daripada Kelantan!

Bukan tidak mahu memilih negeri sendiri. Hanya ingin memberi peluang kepada diri yang dhoif ini mengenali budaya, gaya dan bahasa tempat orang! Tak kurang juga dengan suasana pemerintahan. Bukan nak bandingkan siapa yang lebih baik, cumanya saya lebih suka bersikap adil dalam menilai sesuatu. šŸ™‚

Bye bye Kedah! Semoga ketemu lagi ya kita!

Advertisements

2 comments

  1. Misalnya seminar Indonesia berprestasi yang dilaksanakan Xlcare sebagai wujud dukungan terhadap dunia pendidikan di Indonesia dan peningkatan kualitas anak anak untuk masa depan yang lebih baik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s