mereka dalam DI LEMA. . .


Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, setinggi kesyukuran di panjatkan kepada Ilahi, Allah S.W.T. (psst, sahabat baik saya tUu.. 🙂 ) . Selawat serta salam cinta dan kasihku hulurkan buat si dia yang ku nantikan, Muhammad Rasulullah S.A.W. serta ahlul bait.

dyslexia?

Pernah tak kalian terjumpa rakan sekelas sewaktu kecik3 dulu tulis B atau D dalam keadaan terbalik?

Tak pun, kalau masa nak salin ABC kat depan, dialah satu-satunya yang terlalu lambat dalam menyalin?

ataupun, kebanyakkan kerja sekolah terutamanya dalam bentuk menulis mahupun matematik, dialah orang PERTAMA yang ketinggalan?

mungkin juga, kalau suruh dia bilang satu sampai sepuluh. Dia mesti akan skip nombor empat atau lima. Takpun tujuh atau lapan.

ada tak? ada tak??

******************************************************

Kalau ada, kemungkinan rakan atau teman mahupun sahabat anda mungkin termasuk dalam golongan dyslexia!

Photobucket haaaaaa????! apa itu dyslexia? tak pernah dengar pun?

Rileks rileks.

Photobucket

Dyslexia adalah satu masalah yang berkaitan dengan sistem neurologikal. Selalunya ia banyak memberi kesan kepada pelajaran seseorang sama ada dari sudut pembacaan, ejaan mahupun penulisan. Ia juga bakal mempengaruhi kefungsian organisasi dalam setiap tindakan.

Antara masalah yang sering di hadapi oleh insan terbabit :

– Visual discrimination
– Visual Sequential Recall
– Auditory recall
– Auditory discrimination
– Auditory Sequential Recall
– Sequencing task

err. faham ke? Photobucket

takpe, saya bagi contoh kat bawah.

1) Visual Discrimination ni bermaksud bile kita tengok sesuatu bentuk tu, kita boleh membezakannya dengan bentuk lain.

Visual Discrimination

2) Visual Sequential Recall ini adalah kita tengok satu-satu perkataan tu dan cuba sepadan kan perkataan tu dengan perkataan tadi.

Visual Sequential Recall

3) Auditory Recall pulak kita cuba mengingat sesuatu melalui pendengaran.

4) Sama juga dengan Auditory Discrimination. Kita mengingat sesuatu melalui pendengaran. Namun, bezanya adalah mampukah kita membezakan perkataan yang hampir sama. Contohnya MAKAN dengan MALAM, ZIP dengan TIP dan lain-lain lagi. 🙂

5)Auditory Sequential Recall selalunya melibatkan nombor. Sama ada kita mampu ingat tak turutan nombor yang berderet-deret. Misalnya nombor telefon kawan-kawan kita.

6) Sequencing task. Hmm, seperti namanya susunan. Cuba susun perkataan ini :

gabenor dilantik dia oleh menjadi sultan

Boleh?

***********************************************************

Hmm, agak susah untuk saya faham kan kepada kalian dalam bentuk penulisan sebegini. Tapi, takpe jangan risau. Saya bawakan satu contoh cerita untuk memudahkan kalian memahaminya dengan lebih lanjut.

“Mereka akan konfius sekiranya kita bagi arahan ; Sila bukak muka surat 123 perenggan 5..”

****************************************************

Kata Hati :

Sayangnya banyak dari golongan cikgu cikgi tak di dedahkan tentang hal ini. Hasilnya ramai dalam kalangan mereka memberontak. Walhal mereka sebenarnya dalam DI LEMA.. 🙂

akhir kata, fahamilah dan bantulah mereka..

Advertisements

5 comments

  1. Ouh, saya terlupa satu perkara. Selalunya mereka ini amat sukakan SENI seperti melukis. 🙂 dan sebenarnya mereka ada bakat lain yang orang lain tiada. so, cungkil lah bakat terpendam mereka.

  2. kena suggestkan industri perfileman banyakkan cerita berinfo macam cite Taara tu..can educate public indirectly,xyah lah fokus sal cintan cintun remaja je 24 jam,borin dah..huhu

  3. saya ada seorang kawan dyslexic waktu mengaji degree dulu. dia antara student yang kerap masuk dean’s list. memang betul cikgu-cikgu kurang didedahkan dgn perkara ni. kawan saya agak bertuah sebab cikgu-cikgu dia sabar mengajar dia. dan, being humble, dia attribute kejayaan dia totally pada cikgu-cikgu dia dulu.

    thanks for the insightful share!

  4. Bertuahnya kawan Sir. Hm, skarang ni pon dah ada persatuan khas untuk dyslexia. Sbenarnya mereka bukannya bodoh tapi ada masalah3 teretntu yang tak dapat di elakkan. 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s