saya dan hospital -part 5-


Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah segala kesyukuranku di rafa’kan kepadaNya yang Esa. Selawat serta salam ke atas rasul junjungan, Nabi Muhammad S.A.W. dan ahlul bait baginda.

Almari tempat penyimpanan untuk permainan kanak-kanak! 🙂

___________________________________________________________

Mentor saya pernah menyoal satu soalan.

“Minat budok-budok tak?”

Saya menjawab,

“ermm, bolehlah, tapi tak dop la fanatik sangat..”

Mentor menambah,

“selalunya kalau orang suka budak, bila ke bahagian peadiatrik, depa akan jadi tak suko doh ko budak ni..”

*************************************************************

Saya cuba menghadam kata-kata daripada Mentor kesayangan. Kenapa sebegitu rupa terjadi? Pelik pun ada.

TAPI. . .

Apabila dah 3 minggu buat klinikal, saya mengangguk tanda SETUJU! *dalam hati, nasib baik saya tidak fanatik sangat dengan budak-budak. alhamdulillah..~

Nak tahu kenapa?

kerana….

Selalunya kita akan berurusan dengan kanak-kanak yang normal yang sudah pasti segala perkembangan GROSS MOTOR, FINE MOTOR, KOGNITIF, SOSIAL dan LOGIC mereka berada dalam tahap yang sesuai dengan mereka.

dan ia amatlah KONTRA dengan mereka yang kelainan upayanya. Tambah-tambah sekiranya dia adalah pesakit fizikal. Sudah lah terang lagi bersuluh melihat keadaan fizikal mereka.

susahkan nak faham?

baiklah saya bagi satu atau dua situasi.. 🙂

pesakit Ceberal Palsy.

– selalunya air liur akan mereka akan sentiasa meleleh-leleh.
– Oleh kerana tidaka dapat menguruskan diri sendiri, depa akan pakai drypers. Jadi, kalau depa terkencing ke atau terberak ke, langsung berbau.
– Di tambah pula bau mulut mereka. *memang pening di buatnya*

Pernah kawan saya di bahagian Ortopedik melihat seorang pesakit kanak-kanak CP. Kerana lelehan air liur yang menitis tak henti, hampir sahaja kawan saya muntah!

dasyatkan?

tak cukup lagi dengan contoh itu, saya bawakan satu contoh lagi.

Pesakit kanak-kanak Mental Retardation yang berumur 16 tahun, bermain-main dengan air liurnya. Habes muka di penuhi air liur hasil daripada raupan tangannya! dan secara kebetulan pula, teknik ‘brushing’ diperlukan. Jadi, apa lagi dengan dada yang berdebar-debar, saya mengambil tanggannya tadi untuk di ‘brush’.. err..!

******************************************************************

Walaubagaimanapun, setiap lelehan air liur + bau perfume drypers + keharuman mulut depa membuatkan saya semakin sayang kepada mereka. Semakin semangat untuk saya menghulurkan bantuan kepada mereka!

*ehem, mungkin juga naluri keibuan telah mengalir dalam diri agaknya! ngee* (selingan sahaja)

Atau mungkin saja, ia pernah menjadi SEJARAH dalam hidup saya!

Pengalaman meng’handle’ najis arwah papa sendiri membuatkan saya ‘ignore’ perasan JIJIK meresapi dalam tubuh saya. Sila klik di sini untuk mengetahui cerita yang lanjut! 🙂

Moral : tidak perlu merasa JIJIK dengan manusia. JIJIK yang sebenarnya adalah dengan menjauhi manusia yang dirasakan jijik itu.

*******************************************************************

Kata hati :

Mood- sedang belajar mengHARGAI kelemahan orang lain-

“Sesungguhnya penciptaan manusia itu adalah sebaik-baik kejadian..”
(Surah At-Tin)

Advertisements

2 comments

  1. salam,
    rupa dia memang menyayatkan hati.
    tak macam kanak-kanak normal yang lain.
    fizikal dia memang kurus cekeding.
    tak boleh nak jalan malah menggenggam sesuatu.
    air liur meleleh sebab otot mulut tak matang. so tak boleh nak menampung jumlah air liur yang mengalir.
    menyebabkan air liurnya sering meleleh.. 😦

    sedih skal pandang. HUHU

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s