saya dan hospital – part 3 –


Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, seinfiniti kesyukuran di rafa’kan kepada Yang Maha Tinggi, selawat dan salam di ‘bungkus’kan khas buat yang tersayang, Muhammadku Rasulullah S.A.W. serta ahlul bait baginda.

Mulakan pagi anda dengan bismillah . . 🙂

Pn Siti : Okey Amalia, selalunya kalau bayi yang berumur 5 bulan, dia dah dapat buat ape? (sambil membaringkan bayi down syndrome tersebut dalam keadaan meniarap)

Saya : Dia boleh angkat dada dia untuk mencapai sesuatu! (jawab saya dengan penuh confident)

Pn Siti : okeh, betul.

Saya : fuh, lega! (dalam hati)

******************************************

Untuk menghandle patient kanak-kanak, memerlukan saya untuk mengingati semua tahap perkembangan seorang manusia. Bermula daripada di lahirkan sehinggalah dewasa. Bukannya sikit bahkan berjuta untuk di ingati.

Klasifikasi tahapa perkembangan :

1) Fine motor – berkaitan dengan kegunaan tangan. Sama ada mencapai, mengenggam, melepaskan atau mencubit! 🙂

2) Gross motor – berkaitan dengan kegunaan anggota yang lebih besar iaitu kaki. Sama ada merangkak, berjalan, melompat atau berlari.

3) Kognotif – berkaitan dengan minda + penglihatan seseorang. Sama ada koordinasi, penyelesaian masalah, daya tumpuan dan segala bagai lagi.

4) Sosial – berkaitan dengan interaksi seseorang itu dengan persekitaran dan orang lain.

5) Logikal – berkaitan dengan tahap pemikiran seseorang.

* agak susah sebenarnya untuk saya mengubahsuai makna perkataan dalam bahasa Melayu. 🙂

*****************************************************

hm. selalunya cabaran yang di hadapi oleh terapis ketika meng’handle’ pesakit kanak-kanak ialah emosi dan persepsi ibu bapa terhadap anak-anak mereka.

Pernah sekali saya bertemu dengan seorang ibu kepada pesakit saya. Oleh kerana terlalu tertekan memikirkan masalah masa depan anaknya yang menghadapi ‘DOWN SYNDROME’, dia kerap kali keluar masuk hospital. Hanya gara-gara tidur malamnya terganggu. Bukan suatu yang mudah untuk kita menerima satu realiti yang sudah PASTI!


Main point : bersiap sedia dengan segala kemungkinan!

Melihat telatah ibubapa pesakit terkadang membuat saya terfikir sejenak seandainya suatu hari nanti sayalah yang akan menggantikan tempat mereka. Adakah saya akan redha?

Melihat anak sendiri tak mampu untuk berjalan?
Melihat anak sendiri tak mampu untuk berfikir sebijak kanak-kanak normal?

Tak lain tak bukan, saya hanya perlu bersiap sedia dengan segala kemungkinan. Apabila yang tidak di harapkan itu menjadi kenyataan! Kadang kala kerana kurangnya persiapan diri sendiri, kita sering menyalahkan takdir.

Suka saya ambil satu kata-kata daripada Saifulislam.com :

“Kita MEMANG layak untuk diuji!”

Jadi, bersiap sedialah seandainya kita diuji dengan masalah perkembangan anak-anak kita nanti!

* err, sekadar menyiapkan diri sebelum terjun ke alam rumahtangga…*

Saya amat kagum dengan semangat dan keyakinan ditunjukkan oleh sesetengah ibubapa yang menginginkan anak-anaknya kembali seperti biasa. *walaupun, tak seperti yang normal, sekurang-kurangnya anak-anak mereka MAMPU untuk berdikari dalam kehidupannya. 🙂

Semoga Allah mencurahkan rahmatNya ke atas kalian!

**********************************************************

Kata Hati :

OCCUPATIONAL THERAPY.
Satu jurusan yang bakal mengajar kalian untuk mengHARGAI orang lain dan kehidupan ini.

Bahagia lah dengan kehidupan yang ada kerana…

Yang ada inilah sebenarnya sudah menjadi harapan kita..! (Hamka)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s