because she is my mother


Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah segala pujian di rafa’kan kepada Allah S.W.T. Selawat serta salam ke atas Rasul Junjungan, Muhammad S.A.W., keluarga dan sahabat-sahabat baginda.

Mama dan adik Azri

Tajuk : because she is my mother.
Hari : Isnin
Masa : 2 petang.

saya : mama, cik tak tahu lagi nak kelik bilo. sebab tarikh VIVA lecturer tak tetap lagi bilo.

Mama : ouh, takpolah. tunggu tarikh tetap dari lecturer la.

saya : mama, nak tao dop. Kolej suruh bayar RM 7.50 selepas daripada 3.10.2011. Kalau VIVA lepas 3.10.2011 gak kena bayarla.

Mama : bayar jelah. Don’t constraint urself because of those things.

saya : er, ye eh? ok. mama wat masuk la duit des. tamboh nga duit tambang bas etep deh?

Mama : ok, nanti mama wat masuk petang ni.

(sebenarnya perbualan ini mengambil masa yang terlalu panjang. Jadi, saya hanya mengambil sedikit daripada perbualan kami )

**************************************************************************************************

hmm.
saya memang kurang bercerita mengenai Mama saya.
bukan tiada cerita tapi terlalu BANYAK cerita yang perlu ditulis sehinggakan saya tak tahu yang mana satu perlu di tulis.

Sejak pemergiaan papa ke rahmatullah, Mama lah yang berusaha keras menjaga kami adik beradik.
11 orang adik beradik yang ketika itu Kaklong baru berusia 13 tahun dan adik baru mencecah usia 2 tahun.
dan SUDAH PASTI, kami adik beradik mempunyai sifat dan sikap yang amat berbeza antara satu sama lain. 🙂

Antara pesanan Mama yang selalu di ingatkan untuk saya :

‘Cik, bangun solat tahajud. Tak dop ore doh tempat bergantung melainkan Allah..’

‘Cik, tak solat dhuha ko? Solat dhuha ni Cik ibarat magnet untuk menarik rezeki kito..’

‘Cik, buat la solat istikharah. Solat istikharah ni buke buat tiko nok pilih jodoh jah, nok dekat pekso pun bulih buat. Bilo kito buat solat istikharah ni, Allah ake bagi gerakan hati nok pilih mano hop betul. Allah bagi gapo hop kite perlu, buke hop kito nok…’

SETIAP NASIHAT yang di berikan,
Pasti, pergantungan kepada ALLAH akan menjadi perbualan hangat kami.
bukan sekali, tapi berkali-kali dia ingatkan kepada saya dan adik-adik yang lain.

salah satu cita-cita saya adalah menjadi IBU yang baik dan terbaik untuk anak-anak saya dan MAMA lah ikon yang terbaik untuk saya.

belajar menjadi IBU daripada seorang IBU. 🙂

tiadalah orang yang paling sibuk melainkan Mama saya.
Bertolak ke office bermula jam 7.30 pagi dan pulang selewat 6 atau 7 petang. kadang-kadang sampai lewat malam.
tapi masih lagi MAMPU mencurahkan kasih sayangnya kepada 11 orang anaknya.

KERJAYA bukan lah satu alasan untuk Mama tidak mempedulikan kami.
Malah dia telah buktikan kepada saya, KERJAYA lah yang mampu membentuk kami sekeluarga berdikari tanpa bantuan orang lain.

Mama saya bukan ustazah.
tapi perlakuannya lebih daripada ustazah.

sekiranya di pinta untuk saya simpulkan segala perasaan saya terhadapa Mama.
saya akan tulis.
KEKUATAN, KETABAHAN, dan KEYAKINAN. 🙂

Di kala ku kehilangan
Di dalam kegelapan
Kau suluhkan sinar petunjuk

Di kala ku kesedihan
Kau ukirkan senyuman
Dengan penuh sabar memujuk

Engkau menyambut…
Tiap kali aku terjatuh

Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Di kala aku tak pasti
Kau tampil dengan berani
Membimbing agar lebih yakin

Dan bila hidup penuh soalan
Kau berikan jawapan
Melengkap semua kekurangan

Engkau menyambut…
Tiap kali aku terjatuh

Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Tidak mungkin diri ini mampu
Hidup tanpa doronganmu

nyannyian daripada Adira sudah cukup menterjemah tentang MAMA saya. 🙂

******************************************************************************************************

kata hati :

antara adik-beradik, saya lah yang paling DEGIL, TAK DENGAR CAKAP dan NAKAL.
that’s why, MAMA selalu bebel kat saya. 🙂 I luv my MAMA . . .

Advertisements

3 comments

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s