bye bye Ramadhan!


Assalamualaikum w.b.t.

Segala puji dan syukur ke rafa’kan kepada Allah S.W.T. Tak lupa juga selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W., keluarga baginda serta para sahabat dan pengikut sunnah baginda S.A.W.

Ramadhan dah nak pergi!!!!!!!!!!! Photobucket

jerit sanubariku.

entahlah kenapa, tahun ni Ramadhan kelihatan terlalu ‘istimewa’ dalam riwayat seorang srikandi. Pemergiannya amatlah terasa mencucuk-cucuk jiwa yang mulus ini.

Ya Allah,
pejam, CELIK, pejam, CELIK dah nak berakhir Ramadhan!

lagu-lagu hari raya sudah rancak berkumandang di corong-corong radio mahupun di paparan televisyen bahkan di semua kompleks membeli belah. Ke mana sahaja kaki ini melangkah, di situ pasti terdengar lagu-lagu raya. *seolah-olah mengIA kan pemergian Ramadhan.. 😦

‘syoknya Syawal, kamu benar-benar di tunggu-tunggu oleh generasi umat islam kini!’ getus hatiku.

Sedang mereka khusyuk menghayati lagu-lagu raya, aku dengan kesempatan yang sedikit cuma ini pantas memetik ‘windows media player’ dan tekan ‘klik’ pada file yang tertera lagu Ramadhan 2 Zaman.

ramadhan satu nasib tak serupa
peluangnya sama natijah berbeza

ramadhan mereka gembira cemerlang
mukmin berjasa diawal zaman
ramadhan kami malam terbuang
muslim berdosa di akhir zaman

mereka gembira kerana kedatangan mu
kami gembira dengan pemergian mu
malam mereka meriah disimbah nur al quran
tp malam kami muram bertemukan mu

mereka berlumba mengejar makrifat
tp kami lesu diburu nafsu
hati mereka bercahaya digilap takwa
jiwa kami gelap didera dosa

takbir mereka takbir kemenangan
hadiah mujahadah sebulan ramadhan

takbir kami lesu tak bermaya
tanda kalah lemah tak berdaya
puasa sekadar lapar dan dahaga

sayu, sedih, pilu!

alunan nasyid yang didendangkan oleh The Zikr amat terasa di dalam jiwa. Lantunan demi lantunan berkumandang di telinga ku.

apakah nasibku seperti ‘mereka’ atau ‘kami’?
hanya empunya diri dan Allah yang mengetahui.

29 HARI telah berlalu.
PERSOALANnya —-> mampukah kita kembali kepada fitrah? Photobucket

**********************************************************************************************

Kata hati : orang kata Hari Raya adalah hari keriangan. Jadi, duhai hati, riangkanlah hatimu! *mampukah untuk hati ini riang sedangkan aku gagal untuk kembali kepada fitrah?* — Keriangan dalam Kedukaan!

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
“TaqabalAllah minna wuwaminkum.. Ja’alanAllahu waiyakum, minal’aidii nawalfaizin.. Kullu ‘amin waantum bikhair”
Semoga ALLAH menerima amal ibdah kita. Semoga ALLAH memberikan restuNya kpd kita smua di bulan Ramadhan.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. Maaf Zahir & Batin.. Mudah-mudahan kita selalu dlm kebaikan. InsyaAllah.. 🙂
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Advertisements

One comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s