bukan mudah untuk menghargai.


Assalamualaikum warahmatullah.

Segala puji bagi Allah S.W.T. dengan inayah dan keberkatan dariNya, masih lagi di beri peluang kepadaku untuk terus meriwayatkan cerita sang srikandi. Selawat serta salam terhadap Rasul junjungan Nabi Muhammad S.A.W. serta ahlul bait baginda. Dengan rahmat baginda, alhamdulillah, aku mampu untuk berdiri seteguh ini pada saat dan ketika ini.

Ramadhan hampir menjangkau sisa- sisa usianya.
hanya tinggal 13 hari lagi.
dan dia bakal meninggalkan kita.

sukarnya untuk menghargai benda di hadapan mata.
Ramadhan, bulan barakah,
namun, aku masih lagi bernafsu sarakah..

masa sahur

tit tit!! (bunyi jam loceng)

Jam menandakan pukul 5.00 pagi.

Bangun! Bangun! Sahur…!

wah, bestnya sahur hari ni. ada nasi goreng, mushroom kari, dan kuih cek mek!

selepas sahur

Jam menunjukkan pukul 5.30 pagi.

kata hati : eh, sempat lagi nak solat tahajud ni.

kata nafsu : waarrrghhh! (gaya menguap) tak payah la. Esok jelah. Esok kan masih ada lagi.

kata diri : A’ah la. Layan tidur lagi best.

kata hati : tapi, tahajud??!

kata diri : esok esok jelah. kan ramadhan 30 hari.

akhirnya .. ZZZZZZZ

******************************************************************************************************

teringat ku suatu nasyid daripada al Zikr :

ramadhan satu nasib tak serupa
peluangnya sama natijah berbeza

ramadhan mereka gembira cemerlang
mukmin berjasa diawal zaman
ramadhan kami malam terbuang
muslim berdosa di akhir zaman

mereka gembira kerana kedatangan mu
kami gembira dengan pemergian mu
malam mereka meriah disimbah nur al quran
tp malam kami muram bertemukan mu

mereka berlumba mengejar makrifat
tp kami lesu diburu nafsu
hati mereka bercahaya digilap takwa
jiwa kami gelap didera dosa

takbir mereka takbir kemenangan
hadiah mujahadah sebulan ramadhan
takbir kami lesu tak bermaya
tanda kalah lemah tak berdaya
puasa sekadar lapar dan dahaga..!

* buat diriku, hayatilah lagu ni. Khas buatmu..!

*****************************************************************************

SUSAH KAN UNTUK MENGHARGAI!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s