inilah ‘dunia’ku..!


Assalamualaikum warahmatullah..

dalam makmal pediatrik..

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah dengan limpah kurniaNya, dapat lagi srikandi menulis di sini. Hampir sebulan tidak ‘menjamah’key board ni. hu. (ye la sangat..)

hmmm… pejam celik pejam celik dah tiga semester dah srikandi berada di Puncak Alam ni. Alhamdulillah, ‘jati diri’srikandi masih lagi dapat di jaga dengan sebaiknya malah ia juga dapat di bentuk. Melihat suasana di mana-mana universiti, ‘of course’mendebarkan jantung dan melemahkan jiwa dan raga srikandi. Apa taknya, gejala sosial merebak di sana sini. Pemikiran ‘sekularisme’dan ‘hedonisme’juga tak kurang hebatnya menular di setiap urat nadi anak bangsa. Astagfirullah..~

InsyaAllah, kali ni, srikandi nak menceritakan tentang kos srikandi. Hari tu dah ‘brief’sikit mengenai Occupational Therapy kan? hehe..

Ok.

Kos ni amat unik tau. nak tahu sebab apa?
sebab kalau tanya doktor apa itu OT (singkatan untuk occupational therapy) ?
mesti diorang jawab..
ooo, physio carakerja tu eh?

hu..
betapa sedihnya srikandi..
kisah itu di ceritakan oleh pensyarah srikandi sendiri..
bayangkan,
kalau doktor pun tak tau, orang awam lagi-lagi la tak tau..

tapi tak mengapa..
entry kali ni khas srikandi nukilkan mengenai OT.
OT kalau dalam bahasa melayunya Pemulihan carakerja..
Hmmm.. kalau kalian semua perasan, kat hospital tu ada suatu jabatan yang tertulis JABATAN PEMULIHAN CARAKERJA.

OT ni bidang nya banyak sangat kita boleh ceburi,
contohnya pediatric (kanak-kanak), physical condition (mereka yang ada masalah kepatahan tulang dan melecur), psychiatric, neurology dan geriantric.
sebenarnya banyak lagi..

hmm..
untuk semester ni srikandi belajar mengenai PSYCHIATRIC.
atau dalam bahasa yang mudah di fahami : orang gila
hu..
agak ‘seriau’bila dengar En Halil bercerita mengenai pengalaman beliau melayan pesakit mental ni..
macam mana la agaknya bila srikandi praktikal nanti..
Moga Allah permudahkan urusan.. amin..

Antara condition yang ‘famous’dalam psychiatric ni adalah schizophrenia..
Penyakit ni adalah penyakit yang biasa kita dapat lihat..
Pesakit akan menghadapi masalah dengan halusinasi mereka seperti terdengar suara, nampak sesuatu dan kadang kala mereka juga akan merasakan seperti disentuh..
hmm..kalau nak tahu, kebanyakkan orang gila di jalanan menghadapi penyakit ini..

Untuk semester DUA pula,
srikandi belajar mengenai penyakit-penyakit ortopedik.
Kalian tahu tak apa beza di antara osteoathritis (OA), rheumatoid arthritis (RA) dan osteoporosis?
nampak macam sama je..
tis dan sis kat belakang..
hehe..

perbezaan ketiga-tiga ini adalah…
OA dan RA di sebabkan masalah imunisasi dalam badan kita dan mereka sering ‘menyerang’sendi-sendi kita.
manakala Osteoporosis di sebabkan kekurangan kalsium dalam badan yang membawa kerapuhan tulang… 🙂

untuk semester SATU pulak,
srikandi belajar mengenai masalah-masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak..

pernah tak, kalian terjumpa dengan seorang budak yang terlalu aktif..? ke sana ke sini, tak boleh duduk diam..
ataupun, pernah tak jumpa dengan seorang budak kalau dalam kelas susah sangat nak bagi tumpuan.. cubit sana cubit sini..
ada kan?

haaa..
sebenarnya budak-budak ni bukan sengaja untuk bertindak sebegitu rupa tapi oleh kerana kawalan ‘biological’ dalam badan menyebabkan mereka begitu.

ADHD atau nama panjangnya Active Deficit Hyperactive Disoder.
penyakit ni sering menyerang kanak-kanak..
Apabila di kaji, rupanya mereka ini ada masalah sikit dalam otak mereka.. kekurangan ‘neurotransmiter’menyebabkan mereka gagal untuk memberi tumpuan sepenuhnya dalam sesuatu perkara.. 😦

Bila srikandi belajar mengenai ketiga-tiga bidang ni walau hanya asas, srikandi baru tahu, betapa bersyukurnya di lahirkan sebagai orang normal..

Dengan ‘involve’dalam bidang ni,
srikandi mula tahu bagaimana nak mengHARGAI diri sendiri dan orang lain ..

Alhamdulillah…~

***********************************************************

Kata Hati : “sesungguhnya Allah menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian..” (surah At Tin :4)

Advertisements

2 comments

  1. assalamualaikum k am…bez ah post nih..dhirah suke psl physco..hu3..sbb cta2 mmg nk jd pakar psikiatri..syok je nmpk… nak try phm jiwa ‘dorg’ tu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s