kerana Dakwah itu adalah CINTA


Assalamualaikum warahmatullah.

Satu hari Imam Hasan al Basri pernah berkata;
“Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan”.

************************************************************

tepat jam 2.30 petang,
aku berlari-lari ke kafe untuk membuat pendaftaran kolej..
seput aku dibuatnya.. 😦
alhamdulillah,..segalanya berjalan dengan lancar..~
namun,
untuk pendaftaran kali ini, aku rasa agak kekok walaupun dah agak lama bertapak di sini..
maybe sebab dah jadi ‘senior’ kut.. [hehehe]

agak sedih jugak la untuk semester ni sebab terpisah dengan sahabat-sahabat yang sekian lama ‘berteduh’ di bumbung yang sama.. (se ‘housemate’)
walaubagaimanapun, hidup mesti di teruskan.. 🙂

hmmm..
first day kat puncak alam,
secara jujurnya amat menyedihkan sanubari..
apa taknya kakak-kakak dan abang-abang ijazah dan diploma takde..
hilang arah tujuan kejap..
yang ada hanyalah ‘student-student’asasi dan adik-adik diploma untuk Fakulti Sains Kesihatan..
hu3..
rase sepi dan sunyi menyinggah di jiwa..
dan kadang kala ada gakla air mata berjaya di ‘tumpas’kan..

AKU TAK KUAT!!
monolog ku sendirian..
Ye, aku tak kuat untuk mengharungi jalan dakwah ini berseorangan..
jika dulu, ada Ayong, K.adik, Acik, Angah, Abe Ngah, Abe Cik dan Ateh..
tapi kini, hanya aku sahaja terkulai layu di sini..

Tak serik dengan rasa ‘sepi’dalam hati, konflik persahabatan melanda..
Perkara biasa berlaku dalam mana-mana persahabatan, ‘çonfrim’akan ada walau sekelumit ujian..

Persahabatn aku dan sahabat-sahabat ku dulu,
Ina, Syu dan Hajar semakin renggang akibat…. hmm.. mungkin faktor rumah kami yang berjauhan..kOt..~
tambah-tambah aku sedang sibuk menguruskan hal persatuan..
menambahkan lagi ‘perasa’dalam konflik ni..

Hampir seminggu kami tak berbual, apatah lagi nak turun makan sekali..
Kalau ada pun, hanya senyum sahaja menyapa di bibir..
Mulut terus-terusan berkunci..
kadang kala tak tengok pun..
Dalam kelas, semua buat hal masing-masing..
Aku dengan cara aku yang lebih suka berdiam diri dalam kelas sambil membaca..(tapi ada jugak la ter’tidur’.. hu3)
Mereka dengan cara mereka..

Ribut yang melanda persahabatan kami semakin di tujah taufan..
semakin hari semakin tali itu menunjukkan kerapuhannya..
aku tidak mengerti mengapa..
Syaitan mula mengambil peranan menyucuk-nyucuk fikiranku dengan hal yang bukan-bukan…

sesungguhnya aku insan lemah..!
walau sekuat mana pun diri ini, tetap memerlukan sokongan sahabat-sahabat..
jiwa ini makin rapuh, akal ini sudah tenat..
KONFLIK + KERJA PERSATUAN + STUDY
mebuahkan keserabutan..

secara zahir, aku cuba sedaya upaya untuk tidak menampakkan apa yang tersirat di hati..
tapi ternyata batinku ini amat pedih memendam..huk3..

hampir dua minggu, konflik ini berterusan..
aku hanya luahkan kepada Allah apa yang selama ini aku rasa..
surat dariNya ku pegang erat dan ku tatap serta membacanya penuh tartil setiap kali selepas solat maghrib..

sehinggalah aku temui ..

Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (megenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan soal-soal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertawakkal kepadaNya..” (Ali Imran: 159)

tersentak sekejap..
ayat yang telah mengetuk pintu keSOMBONGan dalam hatiku..

“Ya Allah, Amalia, sekarang kamu tengah membawa dakwah Islam. Seluruh jasadmu itu adalah dakwah. Jika sebegini lah sikapmu, maka cacatlah dakwahmu itu dan terFITNAH lah islam yang sudah tersedia terFITNAH!”

Zupp! seakan-akan sesuatu melibaskan hatiku..

astaghfirullah..
Qudwah Amalia, qudwah!
mana qudwah hasanahmu?

Sabda Nabi Muhammad S.A.W. :

Akan menjalar dengan samar kepada kamu penyakit umat-umat sebelum kamu, yaitu hasad dan kebencian (permusuhan) Kebencian itu pencukur, aku tidak mengatakan: itu mencukur/memotong rambut, tetapi mencukur agama. Demi (Allah) yang jiwaku di tangan-Nya, kamu tidak akan masuk surga sehingga kamu beriman, dan kamu tidak akan beriman sehingga kamu saling mencintai. Tidakkah aku beritakan kepada kamu dengan perkara yang menguatkan kecintaan bagi kamu? Sebarkan salam di antara kamu!

hatiku bagai dijirus air yang kesejukan..
Ya Allah, ampunilah aku seandainya keEGOan ku ini telah membawa fitnah terhadap agamaMu. Bantulah aku!

EGO..
amat sinonim dengan ‘behavior’yang ku kandung kini..
astaghfirullah..

Keesokan harinya,
aku cuba untuk membawa mentari yang dulu menyinari sang bumi,
walau mentari itu tidak lagi sehangat masa silam..
namun, ia tetap mentari yang menyinari.. bukan?

teringat aku kata-kata dalam sebuah novel karangan Hilal Asyraf :

“jangan kau asingkan aku dengan kehidupanmu, sahabat!”

Ya, jangan asingkan mereka dalam kehidupanmu Amalia..

Alhamdulillah,
akhirnya konflik ini berakhir..
persahabatan kami sudah pulih kembali walaupun kami tidak lagi berada bersama..

sesungguhnya ukhuwah itu bukan terletak pada kebersamaan jasadi tetapi ia tetap kukuh di dalam hati walau sejauh mana kita pergi…

********************************************************************

Kata hati : kerana DAKWAH itu adalah CINTA maka sebarkanlah CINTAmu itu.. 🙂

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s