menggamit rindu sebuah memori agung!


Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh..

Setinggi kesyukuran ku panjatkan ke hadrat Ilahi. Hatiku kini makin subur dengan cahaya iman dariMu. Dengan adanya mereka yang soleh di sisiku, telah mengubat segala penyakit di hati. Dengan adanya ulama’ yang berwibawa di sampingku, jiwa yang dulu resah kini damai mengecapi rindu akan Mu. Alhamdulillah, Kau bahagiakanlah mereka di dunia dan di akhirat..[ameen]

Dalam menanti detik 12 Rabiul awal 1432,
ada baiknya kita menyingkapi sebuah sejarah yang agong..

tentang….

Lahirnya seorang insan dalam kalangan bangsa Arab Quraish..
Diala humpama penyembuh bagi segala penyakit..
Dialah umpama cahaya yang menerangi kegelapan yang melliputi segenap isi kulit..
Dialah umpama penawar bagi racun duniawi yang hampir melilit..

Oh!

Muhammad bin abdullah..

Ku merindui khutbahmu..
ku merindui tutur katamu..
ku merindui wajahmu..

Ya Rasulullah S.A.W.
kekasih Allah..
penawar bagi solehin..
pengasih bagi mujahidin..

Langkahmu..
akan ku turut..

Bicaramu..
akan ku laku..

akhlakmu..
akan ku tiru..

dengarlah wahai Rasulullah..
sungguh!
hati ini tidak tertahan merinduimu..
sungguh!
kerana mengingatkan cintamu yang tulus,
tidak terdaya hati ini untuk menerima cinta yang lain..
hanya cintamu yang ku damba..
hanya rindumu yang ku inginkan..

Uhibuka Ya Rasulullah.. Uhibuka Ya Rasulullah..Uhibuka Ya Rasulullah…!

adakah hubungan dengan Allah akan berakhir hanyatnya wahai orang yang berakal??
adakah hubungan dengan Allah akan bertemu penamatnya?
Hubungan dengan Allah sebenarnya adalah kehidupan itu sendiri..!

*********************************************************************

Nota cinta :

Ingatlah sahabat!
Bunga itu menguntum indah,
menyeri dan memekar indah,
dipuji dengan pelbagai madah..

Esoknya bunga itu gugur ke tanah,
serpih demi serpih ia punah,
tanpa daun dan kelopak ia musnah..

Sahabatku,
Engkau bukan layu seperti bunga,
dan aku bukanlah kumbang untuk menghirup madunya..
Lambang bunga lambang sementara cuma,
tetapi perjuangan kita tiada penghujungnya..

Daereh kita bukan daerah cinta,
bukan masa untuk memujuk kasih asmara..
tiada senda gurau panjang meleka,
kerana kita dalam memperjuangkan agama..

Sahabatku,
disini uda dan dara telah berkubur,
kita bina ia atas jihad yang subur..

Ingatlah sahabat!
bumi kita bumi yang payah,
penuh peluh, air mata dan mungkin juga darah..
Bila kita menjejak tapaknya perlu mempunyai wadah,
ikutilah di belakang ULAMA’ agar tidak goyah..

bila di katakan mu : ‘perjuangan itu susah!’
maka kau katakanlah kembali : ‘aku hanya mengharap keredhaan Allah!’

Sahabatku,
semalam telah layu sekuntum bunga..
telah gugur dari jambangannya..

tetapi itu bukan perjuangan kita..
bukanlah itu sebagai lambangnya..

mulut telah kaku bertanya..
hati malu untuk memikirnya..
tidak seperti dahulunya,
kita kuat berhujah dan bersuara..

Ingatlah sahabatku,
dulu, kini dan selamanya kita seorang mujahid,
yang merindukan dan memburu syahid..
Maaf jika tutur kataku yang pahit!

Senyumlah sahabat 🙂
senyumlah dan serilah wajah ^_^
walau pudar dan hambar datang tak sudah..
belajarlah menjadi seorang mujahid dan mujahidah..

Doaku agar kita berani seperti Hamzah,
malah mempunyai semangat seperti Sumaiyah..

[musafir kelana, oktober2005]

Advertisements

4 comments

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s