aku bukan mereka..


Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh..

Aku bukan mereka,
bukan juga kamu mahupun kalian.

Aku adalah seorang insan yang biasa..
bukan wali jauh sekali nabi..

Terima kasih tak terucap bagi mereka..
mereka?
Ya, mereka yang selalu menyokongku,
yang selalu memberi nasihat padaku,
yang selalu mendoakanku..
aku tidak tahu siapa mereka ini..
tapi yang ku tahu..
aku mohon pada Allah agar mereka-mereka ini sentiasa hidup dalam rahmatNya..
‘semoga Allah merahmati kamu…!’

dan…

taklupa juga..
terima kasihku pada mereka..
ha? mereka lagi?
siapa ‘mereka’ ni pulak..

hemmm…

‘mereka’ ni bagi ku cukup bererti dalam hidupku..
kerana ‘mereka’ lah aku sedar akan hakikat dunia..
kerana ‘mereka’ lah aku bangkit dari kelesuan jiwa..
kerana ‘mereka’ lah aku kuat dalam menempuh onak dan duri fana..

siapakah mereka?

merekalah..
orang yang membenciku..
orang yang selalu bercerita buruk tentangku..
orang yang membuat fitnah untukku..
orang yang mencaciku..

terima kasih tak terhingga untuk mereka..

semoga Allah mengampuniku jika apa yang mereka ucap itu ternyata itu salahku..
semoga Allah mengampuni mereka andai kata-kata mereka hanya dusta belaka..
dan apa yang penting semoga Allah mengampuni kita bersama kerana diantara kita tidak pernah sunyi dari membuat dosa..

Allah berfirman dari suratNya yang agong :

‘sesungguhnya orang mukmin dengan mukmin yang lain adalah bersaudara..
maka damaikanlah di antara mereka..’

‘janganlah kamu mengikut jejak syaitan,sungguh syaitan itu musuh yang nyata untuk kamu!’

Padaku,
ku harap..
jalinan ukhuwahku bersama mereka dan ‘mereka’..
tidak pernah terlerai mahupun terputus..
sungguh!
aku mencintai mereka dan ‘mereka’ hanya keranaMu..
maka Kau cintailah mereka dan ‘mereka’ lebih dari aku mencintai mereka dan ‘mereka’..
dan aku tahu..
cintaMu pada mereka dan ‘mereka’ tidak dapat di bilang mahupun terhitung..
Maha suci Engkau dari sifat-sifat kekurangan..
Allahu akbar!
Subhanallah!!

Buat mereka dan ‘mereka’..
terimalah aku seadanya..

ku akui hakikat yang tersurat..

Aku bukan Siti Aisyah,
Aku bukan Siti Khadijah,
mahupun Rabiatul Adawiyah..

aku hanya insan yang dhoif,
yang cuba untuk menjadi seperti wanita-wanita yang terpuji seperti mereka..

Maka..
peganglah tanganku..
pimpinlah aku bersama..
menuju Dia yang menanti di sana..

Semoga Allah redho akan kita semua… 🙂

SrikandiUnik
8.54 pagi waktu Malaysia
4 Februari 2011

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s