Seuntai madah, penguat bicara..


Assalamualaikum..

Kalam sang murobbiku..

kautlah ilmu sedalam-dalamnnya,
sinarkan permata,
bersihkan mutiara yg dah dikotori yahudi dan skutunya,
serahkan jiwa dan hati hanya untuk pncipta,
liannahu huwa robbi
wa robbukum,
lupakan lautan dunia yang umpama permainan,
teruskan mngayuh bahtera makrifat mncapai tujuan,
kosongkan fikrah dari belitan iblis
dan syaitan,
melangkah dan terus melangkah,
sinar harapan makin bersinar,
memenuhi segenap riuangan alam yang gelap gelita,
istaqim a’la aqdamikum
wa la taltafitu wajhakum min dinilhaqq…

belajar dan teruskanlah belajar,
hingga kita kenal siapa itu Tuhan kita…

*********************************************8

Amalia :
assalamualaikum warahmatullah..

di doakan semoga ustaz dan family di rahmati Allah selalu.

saya ada beberapa soalan nak tanye kat ustaz.
harap ustaz x kisah ngn soalan yang akan saya tanya..

1) saya nak tanye, macam mane utk kite dapatkan keikhlasan dalam belajar dan bagaimana utk kekalkannya?
2) sekarang ni saya belajar di UiTM. Jadi, sekeliling saya ni penuh sangat maksiat sehinggakan saya memandang maksiat itu sebagai benda biasa. sedangkan perkara itu perlu di dakwah. saya nak tanye pendapat ustaz, apa yang perlu saya buat?

Ustaz :
Walaikamussalam warahmatullah hi wabarakatuh..

1)Ikhlas bukan milik kita, ianya milik ALLAH, pintalah dgn DIA.
2) Buat masa skrg ni, isi lah ilmu di dada sepenuhnya. Jgn hiraukan keliling. Cari dulu kekuatan ilmu, maka akan lahirlah keteguhan ilmu dan terpancarlah “nur rohani”. Dgn nya lah nnt akan dpt mnyimbah kotoran dosa diri yg akan terpalik ke masyarakat keliling. Spt kebanyakan Nabi2, mereka lari dulu (mencari kekuatan rohani) dari kaum yg penuh dgn kemunafikan. Bila kekuatan itu telah di isi ALLAH, maka mereka masuk dgn senang.
Turutlah sunnah Nabi2, insya-ALLAH akan dpt redha NYA, skalipun tak berjaya.

Amalia :

bleh x saya nak tanye lagi?

Maksud ustz cari ilmu tu mcm mane?
adakah ilmu ttg tauhid, fekah dan tsawuf?
melihat pada keadaan sy sekarang, sy mungkin dapat ilmu sebegitu dengan melalui bahan bacaan sahaja. di sini, agak susah dan memang susah nak cari ustaz or ustazah yang dapat bg saya ilmu macam ni. jadi, saya nak tnya pendapat ustaz, buku apa yang patut sy bace? dan bagaimana saya nak atasi masalah saya?

Ustaz :

Smua ilmu dtg dr ALLAH, milik ALLAH. Hakikat semua ilmu menuju kpd keESAan ALLAH. Jgn pisahkan fahaman kita dgn nama2 yg diberikan pada ilmu. Cthnya: ilmu sains, geografi, sejarah, fekah, nahu, tauhid, tasawuf dll. Ia hanya berbeza dr segi nama, tp hakikatnya adalah sama. Yg penting cari REDHA ALLAH, cari keWUJUDan ALLAH, cari keBESARan ALLAH, cari IRADAT ALLAH dlm smua ilmu yg di tuntut, sebaliknya buang redha diri, hancurkan wujud diri, leburkan besar diri, kuburkan iradat diri…….. insya-ALLAH JIWA akan mencapai makam ilmu yg tertinggi di sisi ALLAH dan DIRI akan menjunam ke darjat yg paling hina di sisi ALLAH.
Itulah hakikat tujuan sebenar manusia & jin diciptakan……

Amalia :

Ooo,macam tu ke.. Syukran ustaz. Smoga Allah merahmati ustaz dan keluarga..

Ustaz :

Afwan .. Amiinn..

Advertisements

5 comments

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s