alamak…!


Assalamualaikum warahmatullah ..

alhamdulillah untuk segala-galanya di rafa’kan kepada Allah s.w.t. Hanya di tanganNya sahajalah kekuatan dan kekuasaan. TanpaNya, tiadalah kehidupan ini. Maka, bersyukurlah!

Sejak dari tadi lagi Amalia termenung. Dia cuba untuk menenangkan dirinya sendiri. Kini, hatinya di landa gelisah yang tidak dapat lagi ditanggung. Mujurlah, udara sepoi-sepoi bahasa yang datang dari tingkap bilik R6906 C6 sedikit melegakan jiwanya.

“Allahu akbar, macam mana ni? takkanlah aku nak pakai baju tshirt lab tu? dah lah singkat..” rengusnya tulus. Tanpa di sedari, titisan jernih mulai terbit di kelopak matanya.

Baju tshirt lab kini berada dalam mindanya. Baju itulah yang memerangkap jiwanya kini.

Dahulunya, Amalia adalah pelajar sekolah agama di sebuah sekolah agama yang amat tersohor di negerinya. Di sekolah itu, dia dididik dan di asuh mengenal islam yang hakiki. Baginya, jika dia memakai baju lab yang singkat itu akan mencemarkan maruahnya walhal baju labnya tu sudah labuh lebih ke paras pinggul. Tapi selaku orang yang tahu hukum agamanya, Amalia tetap berasa gelisah.

‘Ha, hari tu Kak Saidah kate baju lab tu ada yang labuh ke paras lutut. Hem.. eh, kena contact Kak Yana ni. Manalah tahu, size baju tu boleh di tukar…’ getus hatinya. Lalu Amalia mencapai telefon bimbitnya di atas meja. Cepat-cepat dia menaip kalimah untuk di hantarkan kepada kak Yana.

tett..tett.. Mesej diterima.

‘Maafah dik, akak dah hantar size tu kat kilang. Dah tak boleh buat penukaran dah..’ pengiriman mesej diterima daripada kak Yana di baca dengan penuh pasrah.

Ya Allah, macam mana ni? .. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Berkuasa..

Mesej itu telah menambahkan lagi parah di hatinya yang sudah sekian lama tertoreh. Setiap hari, Amalia menadahkan dua telapak tangannya tulus menghadap ilahi.. ‘Ya Allah, dengan kekuasaanMu, lindungilah aku daripada aku membuka auratku..’ luah hatinya dengan penuh khusyuk. Saban hari dan saban ketika, doa itu tidak putus-putus diulang pada setiap kali solat lima waktunya. Tidak cukup dengan berdoa, Amalia melakukan solat hajat hanya semata-mata memohon agar ada keajaiban yang berlaku pada baju lab itu bertukar size menjadi baju lab labuh!

*******

TIBALAH hari yang ditunggu-tunggukan.

‘AAAaaaa! tengoklah baju lab kita ni….!!’ jerit seorang rakannya. Amalia ketika itu sedang asyik mengulangkaji pelajarannya tersentap dengan jeritan kawannya itu.

‘kenapa Hajar diorang menjerit macam tu?’

‘tak tahulah Am.. Diorang bising pasal baju lab..’

‘kenapa dengan baju lab?’

‘La, am tak tahu lagi ke? cuba lah tengok apa yang telah terjadi kat baju lab kita..’

Dia bingkas bangun daripada tempat belajarnya ke arah rakan-rakannya yang sedang riuh rendah di bilik sebelah.

‘Eh, korang.. sebenarnya apa yang terjadi ni?’

‘Amm…! tengoklah baju lab kita.. semuanya bertukar jadi baju lab muslimah!!’

‘Apa?…’

‘Ya Allah, adakah ini janjiMu kepadaku? Alhamdulillah.. Engkau makbulkan jugak doa aku.. Sungguh tiada yang mustahil di tanganMu…’ bisik hatinya. Amalia tersenyum puas dan hatinya tidak tertahan gembiranya apabila dia dapat tahu baju labnya telah bertukar menjadi baju lab muslimah!

sungguhpun begitu, ada juga dalam kalangan rakan-rakannya yang hampa di atas ‘keajabain’ itu..

TAMAT

………………………………………………………………………………………

Nota cinta : Sesungguhnya Allah amat mencintai orang yang bertawakkal kepadaNya. Lihatlah! keajaiban yang berlaku.. Hebatkan kuasa tawakkal… 🙂 Cerita di atas ini adalah kisah benar yang telah berlaku.. Benarlah firman Allah S.W.T di dalam alquran, “Sesungguhnya Aku akan memperkenalkan doa orang yang berdoa kepadaKu..” Jadi, tunggu apa lagi teman-teman, jom kita tadahkan tangan memanjat doa kepadaNya… 😉

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s