Menangislah..


Assalamualaikum w.b.t

tangisan seorang bayi..

Semua manusia menangis. Ana menangis dan antum pun menangis. Menangis merupakan suatu ungkapan sedih serta bahagia. Bagi seorang bayi itu menangis kerana ditinggalkan oleh ibunya. Bagi wanita pula, menangis itu adalah kekuatan baginya. Ana teringatkan sebuah cerita mengenai wanita yang suka menangis, :

Suatu ketika, ada seorang anak lelaki yang bertanya kepada ibunya. “Ibu, mengapa ibu menangis?” Ibunya menjawab, “Sebab aku wanita.”

“Aku tidak mengerti,” kata si anak lagi. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kamu memang tidak akan mengerti.”

Kemudian, anak itu bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?”

Ayah menjawab, “Semua wanita memang menangis tanpa ada alasan.”

Hanya itu jawapan yang dapat diberikan oleh ayahnya. Lama kemudian, si anak itu menjadi remaja dan tetap tertanya-tanya, mengapa wanita mudah menangis.

Pada suatu malam, dia bermimpi dan mendapat petunjuk daripada Allah s.w.t mengapa wanita mudah menangis.

seorang wanita menangis..

Ketika Allah menciptakan wanita, Dia membuat tubuh menjadi sangat penting. Allah menciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya. Walaupun bahu itu cukup lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tidur.

Allah berikan wanita kekuatan untuk melahirkan zuriat dari rahimnya namun, seringkali pula menerima cacian daripada anaknya sendiri. Allah berikan ketabahan yang membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah di saat semua orang berputus asa.

Allah berikan kesabaran untuk wanita agar dapat merawat keluarganya walau letih, sakit, lelah dan tanpa keluhan. Allah berikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya, dalam situasi apapun. Biarpun anak-anaknya kerap melukai perasaan dan hatinya.

Perasaan ini memberikan kehangatan kepada anak-anaknya yang ingin tidur. Sentuhan lembutnya memberi keselesaan dan ketenangan.Dia berikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya, melalui saat yang getir dan menjadi pelindung baginya. Bukankah tulang rusuk suami yang melindungi setiap hati dan jantung wanita?

Allah kurniakan kepadanya kebijaksanaan untuk membolehkan wanita menilai peranannya kepada suaminya. Seringkali pula kebijaksanaan itu menguji kesetiaan yang diberikan kepada suami agar saling melengkapi dan menyayangi.

Akhirnya, Allah berikannya air mata agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus Allah berikan kepada wanita, agar dapat digunakan di mana ia inginkan. Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita sekaligus kekuatan, iaitu air mata!

Wajarlah kalau wanita itu lebih banyak menangis berbanding lelaki. Inilah air mata kehidupan wanita yang menjadi daya tarikan, daya memikat, dan daya menggoda.

Anak itu tidak lagi bertanya mengapa ibunya sering menangis, kerana kini dia menyedari bahawa ibunya adalah wanita…

Itulah wanita. Tangisan yang menjadi kekuatan kepadanya.

Untuk post ana kali ini, bukanlah untuk menulis tentang mengapa wanita selalu menangis, tetapi untuk berkongsi mengenai AIR MATA SEORANG HAMBA.

Rasulullah s.a.w bersabda :

“Tiada suatu yang lebih aku suka dari dua titisan iaitu titisan darah yang tumpah kerana jihad fisabilillah dan titisan air mata kerana takut dan rindu kepada ALLAH S.W.T.

Berkata Rabi’ah :

“Aku menangis selama 10 tahun terhadap ALLAH, 10 tahun dengan ALLAH dan 10 tahun lagi kepada ALLAH.Maka tangisan terhadap ALLAH itu kerana takut kepadaNya, tangisan dengan ALLAH kerana mengharapkanNya, manakala tangisan kepada ALLAH kerana rinduku kepadaNya.”

Ramai manusia menangis kerana dunia dan amat sedikit sekali mereka menangis kerana akhirat.

Banyak fadhilat dan keutamaan menangis kerana ALLAH kerana menangis adalah perbuatan yang dilakukan setiap hari oleh para nabi dan rasul serta orang soleh. Antaranya ialah :

1) Melembutkan hati.

– Berkata Ibnu Mubarak bahawa menangis boleh melembutkan hati, menghilangkan kesombongan dan membunuh sifat dengki. Menangid juga menyebabkan tertutupnya pintu syaitan di dalam hati.

2) Masuk syurga.

– Dalam kitab Daqa’iqul Akhbar ada menerangkan bahawa didatangkan seorang hamba pada hari kiamat kelak dan sangat berat timbangan Kejahatannya dan diperintahkan untuk masuk ke dalam neraka. Salah satu daripada bulu matanya berkata, “Wahai Tuhanku, rasulMU Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada ALLAH, maka ALLAH akan mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepadaMu.” Akhirnya, Allah S.W.t. mengampuni hambanya itu dan menyelamatkannya daripada api neraka dengan bekat sehelai bulu mata yang pernah dibasahi air mata kerana takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibril A.S mengumumkan, “Telah selamat Fulan bin Fulan kerana sehelai rambut.

3) Khusyuk
– Hati yang khusyuk adalah hati yang terbit kerana sering memikirkan Allah,rindu dan cinta kepada kehidupan yang abadi.

4) Menghilangkan kesombongan

5) Menambah Ilmu
– Bukan mudah untuk menangis kerana Allah. Kebanyakkan manusia menangis kerana dunia. Oleh tiu, menangis yang sebenarnya ialah menangis kerana Allah, akan melahirkan beberapa sifat berikut :
a.Menanbahkah keyakinan kepada Allah S.W.T
b.Menguatkan akal fikiran.
c.Menambah kecerdasan,ilmu dan hikmah.
d.Menghilangkan sifat-sifat keji seperti dengki, dendam dan sifat-sifat mazmumah yang lain.

Semoga kita semua diberikan hidayah olehNya untuk menangis hanya keranaNya, denganNya dan kepadaNya. Apatah lagi kita sebagai pejuang agamanya yang tidak sunyi dengan pelbagai mehnah dan tribulasi dakwah. Sebelum itu, renungilah video ini.

Itu saja dari ana buat seketika ini. Wassalam.

sumber: Menangis karangan Abd Rahman Abd Majeed

Advertisements

One comment

  1. Salam wbt

    Banyak2 terima kasih dan jazakallah. Salam tangisan dari bumi jepun. Semoga mujahidah dan srikandi menjadi pejuang-pejuang agamaNya yang cekal dan tabah.

    Cukup suka dengan tulisan lembut saudara.Teruskan menulis. Ada rezeki , boleh usahakan untuk sebarang usaha tarbiyah jauh. Sinergi badan dakwah maahad saudara dengan Ikatan Persaudaraan Islam Jepun.IPIJ.

    InsyaAllah , jika mahu berhubung dengan wakil2 HEWI , boleh ana kenalkan. InsyaAllah .

    Semoga terus menulis.
    -seorang hamba yang jatuh bangun.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s